Lady Gaga Miliki 18 Juta Pengikut Di Twitter

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEJAK awal lagi penyanyi dengan imej pelik, Lady Gaga telah memecahkan rekod di laman sosial Twitter apabila memperoleh jumlah pengikut terbanyak.

Kini, penyanyi yang popular dengan lagu Born Thid Way itu telah jauh meninggalkan selebriti popular lain apabila pengikutnya di Twitter telah mencecah sebanyak 18 juta.

Pencapaian tersebut nyata luar biasa kerana sebulan lalu, pesaingnya di laman sosial tersebut, Justin Bieber mengumumkan dia mempunyai pengikut sebanyak 16 juta orang.

Perkhabaran terbaru tersebut sudah pasti mengundang kejutan kepada peminat Bieber kerana Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta ini nyata membuktikan dia adalah idola masa kini.

"Saya tidak percaya sudah mempunyai sebanyak 18 juta TwitterMonsters (gelaran Gaga untuk peminat) kerana pada tahun lalu saya sama sekali tidak mempunyai pengikut di Twitter," ujarnya.

Pertambahan ini memang cukup drastik kerana pada Ogos lalu, Gaga mengumumkan jumlah pengikutnya hanya berjumlah 12 juta orang.

Namun dalam waktu singkat, jumlah tersebut telah meningkat dan bertambah dengan cepat setiap hari.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan