Hattan Mahu Tenangkan Diri Selepas Bercerai

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas disahkan bercerai pada 19 Januari lalu, penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, ingin menenangkan fikiranri dan tidak mahu memberi sebarang komen tentang isu itu.

Hattan berkata selepas melalui detik sukar tersebut, dia akan meneruskan kehidupan serta menguruskan perniagaannya seperti biasa.

"Tiada lagi kenyataan akan dibuat berhubung dengan isu ini (cerai) lagi. Saya cuma nak relaks sahaja dan menjalani kehidupan seperti biasa," katanya ringkas kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.

Hattan melafazkan cerai talak satu terhadap bekas isterinya, Farah Asyikin Othman di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli sekitar pukul 11.30 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, pada 19 Januari lalu selepas kira-kira dua bulan mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, mereka telah berkahwin pada 11 November tahun lalu secara tertutup dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Selepas bercerai, persoalan punca kedua-dua mereka bercerai menemui jawapannya apabila foto Farah yang menunjukkan dia sedang berpelukan dengan seorang lelaki di atas katil tersebar.

Bagaimanapun, Hattan enggan mengulas lanjut tentang isu foto berkenaan.

Ditanya adakah Hattan serik untuk melalui kehidupan berumah tangga, katanya dia tidak kisah seandainya Tuhan menemukan jodoh buat dia pada masa akan datang.

"Serik atau tidak, semua itu kerja Tuhan dan Dia yang tentukannya. Saya tiada hak untuk berkata demikian (serik).

"Perancangan saya seterusnya, saya mahu main golf'," seloroh penyanyi yang popular dengan lagu Biso Bonar itu.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan