Dadah: Tiada Lagi Sikap Prejudis Terhadap Saiful Apek

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saiful Apek
Saiful Apek

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Saiful Apek (Apek) mengakui berasa lega apabila sikap prejudis segelintir pihak di dalam industri hiburan terhadap dirinya sejak didakwa mengambil dadah hampir dua tahun lalu, semakin lenyap.

Menurut Apek, sebagai individu yang berdepan pertuduhan itu, dia tidak berasa terganggu selagi perbicaraan masih berlangsung dan belum terbukti bersalah.

“Alhamdulillah, kehidupan saya berjalan seperti biasa berkat sokongan berterusan daripada keluarga dan teman-teman rapat.

“Sikap prejudis segelintir pihak kepada saya sebelum ini juga beransur pulih kerana saya mendiamkan diri dan membiarkan undang-undang yang menentukannya,” katanya yang ditemui selepas majlis pra-tonton filem Bujang Telajak Belum Terlanjur di sini, baru-baru ini.

Apek yang menolak dakwaan dia diharamkan daripada tawaran kerja, berkata sehingga kini dia masih menerima pelbagai tawaran lakonan daripada stesen televisyen dan menjadi pengacara di majlis-majlis korporat.

“Dakwaan saya diharamkan dan tidak mendapat tawaran lakonan adalah tidak benar kerana saya masih aktif seperti dulu.

“Buktinya, untuk tahun ini saja saya akan keluar dengan tiga filem baru, selain rakaman sitkom dan lagu ‘single’ baru berjudul Aletotoit bersama Bob Kuman, tidak lama lagi.

“Saya berharap orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum selagi saya belum terbukti bersalah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kes perbicaraan berhubung tuduhan mengambil ganja itu, Apek berkata sebagai individu yang dituduh, dia tenang menghadapi pertuduhan berkenaan dan enggan mengalah selagi belum terbukti bersalah.

“Perbicaraan kes dadah ini masih berjalan dan hanya tinggal beberapa peringkat saja lagi sebelum keputusan diumumkan. Pada Februari depan, saya akan dipanggil untuk perbicaraan seterusnya.

“Memandangkan ia masih dalam peringkat perbicaraan, saya tidak boleh ulas lanjut,” katanya.

Apek atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 43, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Bagi kesalahan itu, pelakon yang bakal muncul dengan filem Bujang Telajak Belum Terlanjur pada 19 Januari ini didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang mempunyai tiga orang anak itu boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Turut didakwa di mahkamah sama ialah tiga rakan Apek, termasuk Pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28.

Apek juga bakal muncul dalam filem Rock 2, Sofazr The Movie… Jiwa Kacau dan Hantu Air.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan