'The Artist', 'The Descendants' Raih Kemenangan Besar di Golden Globes

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktor Perancis Jean Dujardin memenangi kategori Aktor Terbaik dalam Muzikal/Komedi menerusi The Artist. - Foto AFP
Aktor Perancis Jean Dujardin memenangi kategori Aktor Terbaik dalam Muzikal/Komedi menerusi The Artist. - Foto AFP

BEVERLY HILLS: Filem bisu hitam putih The Artist dan drama komedi The Descendants meraih kemenangan besar di anugerah Golden Globes yang berlangsung pada malam Ahad, di sini.

The Artist memenangi kategori Filem Komedi atau Muzikal Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik di dalam kategori Muzikal atau Komedi menerusi Jean Dujardin.

Sementara, The Descendants turut berkongsi dua anugerah menerusi Filem Terbaik - Drama dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi George Clooney.

Kejayaan itu juga sekaligus memperlihatkan persaingan dua buah filem berkenaan untuk berpeluang besar disenaraikan dalam anugerah Academy Awards atau Oscar yang bakal berlangsung pada bulan depan.

Pemenang-pemenang lain pada anugerah ke-69 itu termasuklah Meryl Streep menerusi Iron Lady, Michelle Williams(My Week With Marilyn), Christopher Plummer (Beginners) dan Octavia Spencer (The Help), termasuklah anugerah Pengarah Terbaik kepada pengarah veteran Marton Scorsese (Hugo).

"Saya harus berterima kasih kepada rakyat England yang membenarkan saya melakonkan filem itu dan merosakkan sejarah mereka," kata Steep yang memperoleh anugerah Globe kelapannya menerusi watak sebagai bekas Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher dalam Iron Lady.

Pelawak British yang terkenal dengan jenaka sinis iaitu Ricky Gervais kembali ke pentas Globe sebagai pengacara.

Penganugerahan Scorsese sebagai Pengarah Terbaik dalam filem pengembaraan di kota Paris, Hugo merupakan kemenangan ketiga pengarah itu di pentas Globe dalam tempoh 10 tahun.

Sebelum ini, Scorsese diiktiraf dengan anugerah yang sama menerusi filem Gangs of New York dan The Departed.

Mengulas mengenai kejayaannya bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Muzikal atau Komedi menerusi My Week With Marilyn, Williams berkata dia mengucapkan terima kasih kerana diberi pengiktirafan serupa yang pernah diraih oleh Marilyn Monroe sebelum ini.

Williams juga sempat berjenaka dalam usaha untuk menghayati watak bintang lagenda itu, dia terpaksa menggunakan suara Monroe selama enam bulan setiap kali dia membacakan cerita kepada anak perempuannya sebelum tidur.

"Keutamaan saya adalah sebagai seorang ibu, dan kedua baru seorang aktres, jadi insan yang harus saya berterima kasih semestinya anak perempuan saya yang sentiasa menjadi perangsang dalam hidup dan kerja saya," katanya.

Dujardin merupakan bintang filem pertama yang memenangi Aktor Terbaik menerusi filem bisu.

Pencapaian itu juga adalah platform terbaik buat aktor Perancis itu melebarkan jenamanya di Hollywood. Antara filem lakonannya termasuklah OSS 117: Cairo, Nest of Spies dan OSS 117: Lost in Rio.

Filem animasi Steven Speilberg yang diadaptasi komik penyiasat Belgium iaitu The Adventures of Tintin memenangi Filem Animasi Terbaik, manakala filem Iran A Separation menggondol anugerah Filem Bahasa Luar Terbaik.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah golden Globes ke-69.

Filem Terbaik - Drama: The Desccendants

Filem Terbaik - Muzikal/Komedi: The Artist

Pelakon Lelaki Terbaik - Drama: George Clooney, The Desccendants

Pelakon Wanita Terbaik - Drama: Meryl Streep, Iron Lady

Pelakon Lelaki Terbaik - Muzikal/Komedi: Jean Dujardin, The Artist

Pelakon Wanita Terbaik - Drama/Muzikal: Michelle Williams, My Week With Marilyn

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christopher Plummer, Beginners

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Octavia Spencer, The Help

Lakonlayar Terbaik: Woody Allen, Midnight in Paris

Skor Asal Terbaik: Ludovic Bource, The Artist

Filem Bahasa Asing Terbaik: A Separation, Iran

Lakon Layar Terbaik: Woody Allen, Midnight in Paris

Filem Animasi Terbaik: The Adventures of Tintin

Filem TV atau Mini Siri Terbaik: Downton Abbey

Pelakon Pembantu Lelaki dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Peter Dinklage, Game of Thrones

Pelakon Pembantu Wanita dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Jessica Lange, American Horror Story

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Idris Elba, Luther

Pelakon Wanita Terbaik dalam Mini Siri, Filem TV: Kate Winslet, Mildred Pierce

Siri TV, Drama Terbaik: Homeland

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri TV, Drama: Kelsey Grammer, Boss

Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri TV, Drama: Claire Danes, Homeland

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri TV, Komedi: Matt LeBlanc, Episodes

Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri TV, Komedi: Laura Dern, Enlightened

Lagu Asal Terbaik: "Masterpiece," Madonna, Julie Frost and Jimmy Harry

Anugerah Cecil B. Demille (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat): Morgan Freeman

- AFP

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan