Neelofa Sahkan Tiada Hubungan Cinta Dengan Hans Isaac

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Neelofa
Neelofa

PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa mengesahkan tidak menjalin hubungan istimewa dengan aktor dan penerbit Hans Isaac seperti yang didakwa oleh banyak pihak sebelum ini.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata keakraban di antara mereka yang sering dilihat bersama di depan khalayak hanya berlandaskan hubungan sesama rakan artis tanpa membabitkan soal hati dan perasaan.

“Saya tidak nafikan kami memang rapat dan kerap berjumpa dan keluar bersama tapi ia hanya hubungan biasa. Saya tidak pasti mengenai reaksi dan pemahaman Hans tentang keakraban kami.

“Sebagai wanita, saya akui selesa dengannya. Bagi pihak saya, tiada apa yang serius pada waktu ini, apatah lagi yang membabitkan soal hati dan perasaan,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Neelofa yang menolak dakwaan bahawa gosip tersebut hanyalah gimik publisiti filem terbarunya Lemak Kampung Santan, berkata walaupun mereka serasi berkawan, dia enggan mengulas lanjut sama ada hubungan itu akan bertukar menjadi lebih serius atau sebaliknya.

“Saya senang berkawan dengannya tetapi itu tidak bermakna ia akan menjadi hubungan yang lebih serius kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

“Saya berharap masyarakat akan faham dengan penjelasan ini sebagaimana Hans memahami keputusan saya,” katanya.

Terbaru, Neelofa bakal bersaing dengan aktres Izara Aisyah, Nur Fathia Latiff, Tasha Shilla dan penyanyi Najwa Latif dalam senarai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang popular Berita Harian ke-25 (ABPBH25) pada 8 April depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan