Madonna Hargai Usaha Lady Gaga Meniru Lagunya - Berita Hiburan | mStar

Madonna Hargai Usaha Lady Gaga Meniru Lagunya

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Madonna
Madonna

LONDON: Bintang pop Madonna berkata dia amat menghargai usaha penyanyi Lady Gaga yang meniru elemen lagu popularnya Express Yourself dalam album penyanyi pelik itu, Born This Way (2011).

Madonna berkata walaupun dia mengenal pasti muzik dalam album berkenaan mempunyai persamaan dengan lagunya, dia menganggap persamaan elemen itu sebagai sesuatu yang menarik.

Gaga berdepan kecaman hebat darkipada pengkritik dan peminat selepas kemunculan beberapa lagu 'single' album tersebut yang didakwa mempunyai persamaan dengan lagu klasik penyanyi lagenda itu.

“Saya fikir ia adalah cara terbaik untuk membuat semula lagu lama saya, Express Yourself.

"Walaupun saya dapat mengesan persamaan elemen muzik itu dalam album Gaga, ia tetap usaha yang menarik,” katanya seperti dipetik laman web femalefirst.co.uk. - IANS

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan