Tiada Penyingkiran Minggu Pertama Raja Lawak 6

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tiga peserta yang mendapat undian terendah iaitu kumpulan King, Zero dan Skema berpelukan selepas pengumuman tiada penyingkiran berlaku pada minggu pertama Raja Lawak Astro musim keenam (RL6), malam Jumaat. - Foto oleh RICKY LAI
Tiga peserta yang mendapat undian terendah iaitu kumpulan King, Zero dan Skema berpelukan selepas pengumuman tiada penyingkiran berlaku pada minggu pertama Raja Lawak Astro musim keenam (RL6), malam Jumaat. - Foto oleh RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Tirai minggu pertama program realiti Raja Lawak Astro musim keenam (RL6) bagai menepati jangkaan apabila tiada penyingkiran berlaku di akhir program yang berlangsung pada malam Jumaat di Studio 1, Astro Bukit Jalil, di sini.

Tiga peserta pada kedudukan rapuh yang terselamat daripada penyingkiran adalah kumpulan King dengan 4.7 peratus undian, Skema (4.6) dan Zero (4.38).

Mereka bakal meneruskan persaingan pada minggu kedua bersama sembilan lagi peserta iaitu kumpulan Cuit, 2yol, Gman, Albob, Shiro, Riki, Selak, Ketupat dan seorang peserta solo, Kodan.

Pengarah filem terkenal yang bertindak sebagai Cif Besar RL6 Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata secara keseluruhannya para peserta telah memberikan mutu persembahan yang memuaskan pada minggu pertama.

"Saya melihat persaingan pada minggu pertama ini sebagai proses pembelajaran dan pengalaman buat peserta.

"Berdasarkan respons yang baik daripada penonton di studio, persembahan komedi peserta mencapai 50 hingga 70 peratus tahap yang memuaskan," katanya.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani pula berkata dia tidak menolak pandangan penonton yang meletakkan jangkaan yang besar terhadap RL6 memandangkan ia menyusul selepas fenomena luar biasa Maharaja Lawak (ML) dan Maharaja Lawak Mega (MLM) sebelum ini.

"Bagaimanapun, saya berharap penonton tidak membandingkan para peserta yang amatur dan baru ini dengan pelawak profesional dalam ML dan MLM.

"Beri mereka tempoh empat minggu, saya percaya selepas itu kualiti komedi mereka pasti jadi lebih baik," katanya.

Selain Ahmad Idham, para peserta turut mendapat bimbingan daripada tiga bekas peserta RL iaitu Yus, Angah dan Taukeh sebagai Cif Kecik.

Cabaran RL6 yang dimulakan dengan tema bebas masih lagi mengekalkan format permarkahan menerusi 100 peratus undian penonton.

Para peserta musim ini diadili tiga pengkritik tetap iaitu produser filem dan drama David Teo, pelawak Sathia dan produser dan pelakon Sheila Rusli.

RL6 masih lagi mengekalkan pasangan pengacara Johan dan Zizan.

Bermula musim ini, program yang ditayangkan pada setiap Jumaat pukul 10 malam ini bersiaran di Astro Warna (saluran 132).

Paparan aktiviti mingguan para peserta pula disiarkan dalam Kapsul Raja Lawak pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 9.55 malam di saluran yang sama.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan