Syamsul Tukar Judul ‘KL Gangster 2’ Elak Penonton Keliru

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syamsul Yusof
Syamsul Yusof

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Syamsul Yusof bercadang untuk menukar judul filem terbarunya, KL Gangster 2: Prekuel kepada KL Gangster 2: The Beginning bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penonton yang kurang memahami maksud istilah ‘prekuel’ yang digunakan dalam filem tersebut.

Syamsul berkata walaupun filem itu dinamakan KL Gangster 2, ia bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu. Sebaliknya, ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011).

“Apa yang saya perhatikan segelintir besar penonton kita masih tidak faham maksud istilah prekuel dan sekuel yang digunakan dalam sesebuah filem.

“Saya bimbang jika istilah prekuel dikekalkan dalam tajuk KL Gangster 2, penonton yang tidak faham istilah itu akan berasa keliru dengan jalan cerita dan watak dalam filem kedua ini,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Syamsul berkata sekiranya dia mengekalkan istilah prekuel yang bermaksud bahagian pengenalan filem itu, penonton yang tidak memahami istilah itu akan mempersoalkan kewujudan semula beberapa watak yang sepatutnya sudah mati dalam KL Gangster yang ditayangkan pada tahun lalu.

“Mungkin ada yang akan mempersoalkan mengapa beberapa watak seperti Shark lakonan saya dan Fadil (Zizan Razak) masih hidup dalam KL Gangster 2 kerana terkeliru dengan plot filem ini.

“Sebab itu, saya berasa adalah lebih baik jika saya gunakan tajuk baru KL Gangster 2: The Beginning yang membawa maksud yang lebih jelas kepada penonton,” katanya.

Filem yang menelan kos penerbitan sebanyak RM3.3 juta ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak dan Syamsul sendiri.

Ia masih menjalani penggambaran untuk tempoh 50 hari dan diakui oleh penerbitnya Datuk Yusof Haslam sebagai filem termahal yang diterbitkan syarikat produksi mereka, Skop Production Sdn Bhd.

Terbaru, filem KL Gangster yang mengungguli carta kutipan pecah panggung filem tempatan dengan RM11.74 juta, terus mencipta kejayaan apabila terpilih untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa Hua Hin 2012 di Bangkok, Thailand pada 26 hingga 29 Januari ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan