Kunjungan Kedua, Simple Plan Janjikan Konsert Hebat

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Simple Plan menjanjikan persembahan memukau untuk peminat di Malaysia pada malam ini. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Simple Plan menjanjikan persembahan memukau untuk peminat di Malaysia pada malam ini. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Kumpulan punk pop dari Kanada, Simple Plan berkongsi perasaan teruja untuk menjayakan konsert Get Your Heart On! Tour Live in Malaysia di hadapan peminat Malaysia pada malam ini.

Konsert yang bermula pada pukul 8.30 malam ini bakal berlangsung di KL Live, di sini.

Kunjungan kedua kumpulan yang popular dengan lagu Perfect ini ke sini adalah bersempena jelajah promosi album keempat mereka yang berjudul Get Your Heart On.

Vokalisnya Pierre Bouvier, berkata atas dasar itu mereka menjanjikan sebuah persembahan yang bertenaga dan menggegarkan.

"Bersempena kunjungan kedua kami ke Malaysia, konsert pada malam ini akan menjadi sebuah persembahan yang hebat dan luar biasa untuk peminat.

"Kami begitu teruja dan sudah tidak sabar untuk beraksi pada malam ini," katanya yang ditemui pada sidang media singkat di sini, Sabtu.

Selain Bouvier, kumpulan ini turut dianggotai Jeff Stinco (gitar utama), Sebastien Lefebvre (gitar rhythm), David Desrosiers (bass) dan Chuck Comeau (dram, percussion).

Terdahulu, Simple Plan sudah mengeluarkan empat album studio iaitu No Pads, No Helmets... Just Balls (2002), Still Not Getting Any... (2004) dan Simple Plan (2008), selain dua album rakaman secara langsung Live in Japan 2002 (2003) dan MTV Hard Rock Live (2005).

Konsert Simple Plan ini dibawakan oleh TuneTalk dengan kerjasama JS Concert Productions dan Fat Boys.

Kedatangan kumpulan ini adalah sebahagian daripada kempen siri konsert 'No Big Deal Lah'.

Tirai pembukaan konsert akan dijayakan oleh kugiran baru The Revellers yang menjuarai pertandingan 'Open for Simple Plan Band Competition Final' anjuran TuneTalk.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan