Hanya Media Terpilih Di Jemput Majlis Nikah Fasha

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pelakon Fasha Sandha hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinannya kepada enam media terpilih termasuklah mengundang wakil media tersebut meraikan majlis pernikahannya dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai).

Fasha menggambarkan hanya media yang rapat dengannya akan mendapat peluang tersebut tetapi enggan menyatakan senarai media yang dimaksudkan.

"Belum tiba masanya untuk saya beritahu tentang tarikh hari bahagia saya. Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira ini kepada semua.

"Bagaimanapun saya tidak akan membuat pengumuman secara sidang media seperti para selebriti selalu lakukan kerana dia (Jejai) agak segan untuk menghadiri acara sebegini.

"Justeru itu saya akan memilih hanya enam wakil media yang rapat untuk mengumumkan hari bahagia itu," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.

Baru-baru ini, sebuah laman blog melaporkan bahawa pelakon yang popular dengan drama Cinta Elisa itu kini sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya

Dikhabarkan juga, perkahwinan Fasha dan bekas suami kepada pelakon Nora Danish itu akan berlangsung pada 28 Mac depan iaitu sempena tarikh ulang tahun kelahiran Fasha.

Bagaimanapun, pelakon jelita itu menafikan akan berkahwin pada tarikh tersebut kerana dia akan ke Perancis untuk penggambaran drama slot Akasia TV3 berjudul, Seindah Safura.

"Jangan pula ada yang membuat spekulasi bahawa tarikh perkahwinan saya jatuh pada hari jadi saya. Itu tidak benar kerana saya akan sibuk dengan penggambaran di Perancis.

"Ada juga gosip kononnya saya akan berkahwin di Thailand. Tak mungkinlah," selorohnya.

Mengenai ABPBH2011, Fasha turut menerima pencalonan bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan