Britney Spears Rancang Konsep Perkahwinan 'Barbie'

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Britney Spears.
Britney Spears.

PENYANYI terkenal, Britney Spears dikhabarkan sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya dengan Jason Trawick dan berkira-kira untuk menghasilkan konsep istimewa untuk hari bahagia itu nanti.

Britney memberitahu konsep pernikahan seperti patung Barbie yang sangat diminatinya semasa kecil.

"Dia mahukan perkahwinan kali ketiganya itu seperti kisah dongeng," ujar sumber terdekat penyanyi itu.

Tema perkahwinan yang diidamkan itu juga dipersetujui oleh tunangnya Jason dan dia sendiri akan menguruskan mengenai konsep impian bakal isterinya itu.

Sementara itu, semua pihak berharap perkahwinannya kali ini akan menjadi yang pernikahan yang terakhir selepas mengalami kemusnahan rumah tangga yang telah merosakkan reputasinya sebagai selebriti.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan