Festival Filem Pendek Antarabangsa 2012 Dipandang Dingin

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Martias Ali (dua dari kanan) bergambar bersama para penaja sempena sambutan Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
Martias Ali (dua dari kanan) bergambar bersama para penaja sempena sambutan Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

KUALA LUMPUR: Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (KLIS) yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 30 Januari ini mendapat sambutan dingin apabila hanya 50 penyertaan sahaja diterima daripada karyawan tempatan.

Pengarah Penganjuran KLIS, Martias Ali berkata, situasi tersebut menunjukkan perkembangan aktiviti pembikinan filem pendek di negara ini masih gagal menarik minat orang ramai sebaliknya hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar perfileman sahaja.

“Sambutan yang kami terima untuk KLIS amat menyedihkan. Daripada 1,136 penyertaan yang diterima melibatkan 75 buah negara, penyertaan karya tempatan hanyalah 50 sahaja.

“Ini menggambarkan industri filem pendek di negara ini masih kurang sambutan berbanding karyawan daripada negara lain yang begitu aktif menghasilkan karya seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media KLIS 2012 di Taman Melawati di sini, Rabu.

Martias berkata, selain sambutan yang agak kurang, penganjuran kali pertama festival berkenaan tidak mendapat sokongan padu daripada agensi-agensi tertentu sedangkan matlamat penganjuran adalah untuk memperkenalkan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, dijangka 13 wakil media membabitkan negara Perancis, India, Filipina, Amerika Syarikat dan Jepun akan menghadiri festival berkenan yang turut diadakan bersempena sambutan hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari depan.

“Sepatutnya karyawan seni kita mengambil peluang untuk menyertai festival ini yang mana penyertaannya adalah percuma tetapi sedihnya, ia masih tidak mendapat perhatian,” katanya.

Bercerita mengenai sambutan festival berkenaan kata Martis, hanya 40 penyertaan sahaja dipilih untuk bersaing pada peringkat akhir termasuk empat penyertaan karya tempatan.

Katanya, festival berkenaan terbahagi kepada empat kategori iaitu kategori Pelajar, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSI), Animasi dan Filem Pendek.

Karya-karya berkenaan menurutnya akan ditayangkan secara berperingkat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur bermula 30 Januari ini, pukul 11 pagi.

Menurutnya, acara kemuncak festival berkenaan akan diadakan pada 1 Februari 2012 bermula pukul 8 malam.

“Pada malam kemuncak pihak kami akan menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menawarkan wang tunai sebanyak AS$2,000 (RM6,000 – tempat pertama), AS$3,000 (RM1,000 – tempat kedua) dan AS$500 (RM1,500 – tempat ketiga),” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mengikuti acara ini yang diadakan secara percuma bolehlah menghubungi 03-41499466 untuk maklumat lanjut.

KLIS 2012 dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) MdeC, Tourism Malaysia, Skop Production dan MIG Production.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan