Amanda Imani Bergantung Harap Pada 'Cemburu'

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amanda Imani berharap single terbarunya Cemburu (menampilkan Malique) akan melonjakkan populariti dirinya. -  Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN
Amanda Imani berharap single terbarunya Cemburu (menampilkan Malique) akan melonjakkan populariti dirinya. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amanda Imani (Amanda) berharap kemunculan lagu 'single' terbarunya berjudul Cemburu (menampilkan penyanyi rap Malique) akan diterima umum dan melonjakkan popularitinya ke tahap yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Penyanyi berusia 21 tahun itu berkata 'single' bergenre RnB itu bukan sahaja dihasilkan dengan teliti dan berkualiti tinggi, malah ia juga menawarkan muzik yang lebih mesra pendengar berbanding lagu-lagu sebelum ini.

"Jika sebelum ini lagu-lagu saya kurang mendapat sambutan dan jarang diputarkan di radio, saya berharap lagu kali ini akan dapat diterima umum.

"Penghasilan lagu kali ini bukan mudah. Saya memasukkan 10 lapisan suara berbanding kebiasaannya satu lapisan suara sahaja untuk memberikan impak dan kualiti yang berbeza," katanya yang ditemui selepas pelancaran 'single' berkenaan di Hotel Hilton, di sini, Rabu.

Apabila ditanya mengenai faktor kekurangan aura dan pesona dirinya yang menjadi punca yang dia kurang dikenali selepas tiga tahun, Amanda berkata hal itu disebabkan oleh aspek promosi dan publisiti yang lemah.

"Apa yang saya lihat perkara ini terjadi kerana saya tiada sistem sokongan yang betul bagi mempromosikan saya dan lagu sebelum ini. Saya akui sebelum ini kurang dikenali, lagu-lagu tidak banyak diputarkan dan kurang undangan nyanyian.

"Saya berharap kemunculan 'single' ini akan membawa perubahan itu dengan sokongan jentera promosi Warner Music yang baru saya sertai kira-kira sebulan yang lalu," katanya.

Ditanya adakah kolaborasi dengan Malique dalam lagu berkenaan sebagai strategi untuk menumpang populariti komposer itu, Amanda berkata perkara itu tidak timbul kerana Malique sendiri merupakan seorang artis yang tidak gemarkan publisiti.

"Tidak wujud istilah saya bergandingan dengan Malique dalam lagu ini untuk tumpang popularitinya.

"Malique sendiri pun seorang yang tidak gemar pada publisiti yang keterlaluan dan selesa untuk berada di belakang berbanding menonjol di khalayak.

"Lagipun kolaborasi ini adalah percubaan saya untuk menimba pengalaman daripada komposer yang berlainan selepas pernah bekerjasama dengan Ajai dan Omar K sebelum ini," katanya.

Penyanyi lagu Selamilah Cinta ini pernah melakar kejayaan dalam 20th International Pop Music Festival Discovery 2011 di Bulgaria, Mei lalu apabila memenangi trofi Lagu Asal Terbaik menerusi lagu itu dan Penyanyi Baru Terbaik.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan