A Razak Pilih Apek, Nabil & Johan Kerana Kekuatan Berbeza

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Johan kini menjadi rebutan penerbit filem. Foto CHAN TAK KONG
Johan kini menjadi rebutan penerbit filem. Foto CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Bujang Telajak Belum Terlanjur, Profesor Madya A Razak Mohaideen berkata pemilihan tiga pelawak popular iaitu Saiful Apek, Nabil dan Johan sebagai pelakon utama bukan sahaja kerana populariti mereka, malah ketiga-tiganya mempunyai kekuatan tersendiri yang menepati tuntutan watak dalam filem komedi itu.

Razak berkata pengalaman bekerjasama dengan ketiga-tiga pelawak itu dalam dua buah filem arahannya sebelum ini iaitu Sifu & Tongga (gandingan Apek dan Nabil) dan Raya Tak Jadi (Apek dan Johan) membuahkan keyakinan bahawa ketiga-tiga pelawak itu mampu untuk mencorakkan perwatakan komedi dengan berkesan dalam filem terbarunya itu.

"Saya pilih mereka bukan sahaja kerana mereka popular tetapi masing-masing mempunyai kekuatan dalam menjayakan watak komedi dalam filem ini.

"Mereka mempunyai kekuatan yang berlainan. Ada yang kuat daripada segi gestur tubuh, mimik muka dan dialog. Perbezaan ini terbukti berkesan mengikut kehendak watak," katanya yang ditemui selepas majlis pra tonton filem berkenaan di sini, malam Selasa.

Tambahnya, pemilihan ketiga-tiga pelawak itu juga hanya memerlukan pemantauan dan bimbingan yang minimum memandangkan sudah wujud keserasian di antara mereka.

"Ini merupakan kali pertama saya gandingkan ketiga-tiganya dalam sebuah filem. Ternyata mereka melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.

"Saya hanya mengawal perwatakan mereka secara minimum dan mereka sudah tahu untuk memberikan lakonan yang saya mahukan. Hal ini turut dipengaruhi oleh faktor keserasian antara kami," katanya.

Selain trio pelawak itu, filem yang berkisar tentang tiga orang bujang yang terdesak untuk mencari calon isteri sehingga sanggup berpura-pura menjadi buta, pekak dan bisu itu turut dibintangi oleh Nur Fazura, Mustapha Kamal, Ebby Yus dan Susan Menon.

Filem komedi ke-33 arahan A Razak itu akan mula ditayangkan di 75 pawagam termasuk Brunei dan Singapura pada 19 Januari ini

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan