Ajai Enggan Melatah Isu Bergambar Dengan Bukan Isteri

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau Ajai menganggap, penyebaran foto yang membabitkan dirinya dengan mana-mana wanita bukanlah satu perkara yang memerlukan dia untuk melatah.

Ujar Ajai, dia merasakan gambar tersebut tidak menggambarkan perlakuan negatifnya ataupun dapat menjatuhkan reputasinya sebagai seorang komposer.

"Sebenarnya saya pun tak tengok lagi foto tersebut. Kawan-kawan saya yang bagi tahu. Tapi berdasarkan kontroversi-kontroversi saya yang lebih kurang sama isunya dahulu, saya berpendapat, ia tidak menjejaskan karier atau menunjukkan sisi buruk tentang saya,” katanya yang ditemui pada pelancaran single lagu pertama artis baru naungan Wake The Baby, Alvin Anthon di Red Box, Sogo, di sini, Selasa.

Ajai diminta mengulas laporan sebuah akhbar Ahad lalu yang melaporkan perihal penyebaran foto seorang komposer dengan wanita yang tidak dikenali.

Mengiakan lelaki pada foto berkenaan adalah dirinya, Ajai berkata tiada sebab untuk dia melenting tentang hal remeh itu.

Tambah Ajai, dia hanya akan bergambar dengan wanita yang dianggap rapat dengannya sahaja memandangkan dia mempunyai ramai kenalan.

"Saya faham, diri ini kepunyaan masyarakat dan saya tidak menyalahkan sesiapa pun tentang hal ini.

"Ia sedikit pun tidak mengganggu kerjaya, diri dan keluarga saya. Tanyalah isteri saya (Liza Ilias) dia pun faham dengan kontroversi seperti ini dan tak hairan pun.

"Lainlah kalau foto itu menunjukkan saya bercium dan berbogel ataupun kena tangkap khalwat. Tapi ia sekadar foto biasa sahaja," selorohnya.

Sementara itu Liza pula berkata dia belum melihat foto tersebut tetapi tidak kisah jika ia diperkatakan umum kerana yakin suaminya bukan seperti yang digambarkan segelintir pihak.

"Saya tak kisah dengan penyebaran foto tersebut. Lagipun setakat ini Ajai tidak pernah tidak pulang ke rumah,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan