KRU Studios Sasar 100 Pereka CGI Akhir 2012

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Ekskutif KRU Studios, Norman Abdul Halim.
Ketua Pegawai Ekskutif KRU Studios, Norman Abdul Halim.

CYBERJAYA: KRU Studios menyasarkan untuk menambah kepakaran dalam bidang teknik pengimejan berkomputer (CGI) seramai 100 orang menjelang akhir tahun 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, penambahan itu bakal dibuat bagi menampung kekurangan tenaga dalam bidang berkenaan bagi mempercepatkan proses pasca produksi sesebuah filem terbitan syarikatnya.

Norman berkata, setakat ini pihaknya hanya mempunyai 30 pereka CGI dan jumlah itu tidak mencukupi bagi melunaskan karya yang semakin banyak.

"KRU Studios sebelum ini hanya bergantung kepada 30 pekerja dalam bidang itu bagi menyiapkan filem-filem yang memerlukan sentuhan teknik CGI.

"Projek filem pula semakin bertambah dan sudah tiba masanya kita memperbanyakkan lagi tenaga pakar dalam bidang itu," ujarnya kepada mStar Online.

Norman berkata, sasaran KRU Studios untuk menerbitkan 12 filem setiap tahun juga menjadi penyebab utama pihaknya ingin menambah bilangan tenaga kerja dalam bidang itu.

"Sebagai contoh filem Cicakman kita hanya menggunakan tiga orang bagi menyiapkan bahagian CGI filem itu dan 12 orang untuk Hikayat Merong Mahawangsa dan ia mengambil masa setahun untuk disiapkan.

"Oleh itu adalah relevan untuk kita tambah bilangan pekerja sejajar dengan misi kita bagi menghasilkan 12 buah filem dalam setahun," katanya.

Sementara itu, Norman menjelaskan pihaknya tidak berhasrat untuk mengambil projek luar yang ingin mendapatkan khidmat mereka dalam bidang CGI buat masa ini sebaliknya ingin menumpukan kepada projek dalaman syarikat mereka.

"Jika tidak sibuk atau tidak bertindih dengan projek dalaman mungkin kita akan ambil," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan