Diana Rafar Mahu Aktif Selepas 'Setahun' Berehat

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana Rafar
Diana Rafar

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Diana Rafar menyifatkan 2012 sebagai tahun terbaik untuk kembali aktif dalam bidang seni selepas setahun menumpukan perhatian pada keluarga dan perniagaan spa miliknya.

Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar, 30, berkata dia terpaksa menolak kebanyakan tawaran lakonan dan nyanyian pada tahun lalu demi memberikan keutamaan pada anak sulungnya Kashfi Haikal yang berusia dua tahun tiga bulan dan pengurusan D'Lugano Spa yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

"Saya memang tidak aktif sepanjang tahun lalu kerana sibuk menumpukan perhatian pada anak yang sedang membesar dan menguruskan spa yang semakin berkembang.

"Kalau ada pun saya menerima beberapa tawaran lakonan, saya tidak terlibat dengan penggambaran yang mengambil masa panjang di lokasi demi anak, keluarga dan bisnes," katanya.

Diana mendirikan rumah tangga bersama aktor Zamarul Hisham, 41, pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Diana berkata keputusan untuk kembali aktif itu tercetus selepas dia merasakan pengurusan keluarga dan perniagaannya sudah berada pada tahap yang lebih stabil dan lancar.

Selain itu, Diana berkata dia dan kakaknya Linda Rafar juga merancang untuk muncul dengan album terbaru kumpulan mereka iaitu GIM dalam masa terdekat.

"Kini, pengurusan keluarga dan perniagaan juga semakin stabil. Anak saya juga semakin besar dan cerdik, jadi saya rasa ini adalah waktu paling sesuai untuk kembali aktif.

"Saya dan Linda memang merancang untuk mengeluarkan album pada tahun ini. Setakat ini kami sudah merakamkan tiga buah lagu. Kalau semuanya berjalan seperti dirancang, kami akan muncul dengan “single” terbaru tidak lama lagi," katanya.

Sebelum ini, kumpulan GIM pernah menghasilkan dua buah album GIM (1999) dan S.I.S (2005).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan