Brad Pitt Bertongkat Kerana Kecederaan Lutut

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Brad Pitt (kanan) tampil bertongkat ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Palm Springs, California, Amerika Syarikat pada 7 Januari lalu. Turut kelihatan kekasihnya aktres Angelina Jolie. - Foto oleh REUTERS
Brad Pitt (kanan) tampil bertongkat ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Palm Springs, California, Amerika Syarikat pada 7 Januari lalu. Turut kelihatan kekasihnya aktres Angelina Jolie. - Foto oleh REUTERS

WASHINGTON: Pelakon Brad Pitt terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat akibat kecederaan pada bahagian lutut selepas terjatuh dari gunung ketika sedang mendukung anak perempuannya, Vivienne, baru-baru ini.

Aktor yang tampil bertongkat pada acara karpet merah Festival Filem Palm Springs ke-23 itu berkata kepada pemberita, dia mengalami kecederaan pada bahagian yang dinamakan ACL iaitu ligamen lutut yang menghubungkan bahagian femur dan tibia.

"Saya tergelincir ketika sedang menuruni bukit sambil mendukung anak perempuan Vivianne... pilihan yang ada ketika itu sama ada untuk menyelamatkan diri saya atau Vivianne," katanya yang dipetik majalah People.

Kekasihnya aktres Angelina Jolie berkata dia menyukai tongkat yang digunakan oleh Pitt dan mengakui kecederaan tersebut langsung tidak membatasi pergerakan aktor itu.

"Dia (Pitt) seorang lelaki yang tidak mudah mengalah," katanya.

Aktres itu turut mengesahkan bahawa anak perempuan mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan daripada insiden itu.

"Vivie berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - ANI

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan