Sharnaaz Difitnah Keluar Dari Set 'Bicara Hati'

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon utama drama adaptasi Bicara Hati, Sharnaaz Ahmad difitnah apabila salah seorang dalam produksi tersebut telah menyampaikan matlumat kononnya dia cuba melarikan diri dari lokasi pengambaran pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun Sharnaaz menafikan tentang gosip tersebut dan menganggap masalah yang berlaku tidak seperti yang digambarkan.

"Terkejut juga apabila berita itu disampaikan dengan cara yang ditokok tambah. Saya tahu ada orang dalam (produksi) yang cuba menyampaikan cerita salah itu.

"Kisahnya bermula apabila saya meminta pengurus produksi (PM) untuk menamatkan penggambaran yang membabitkan saya pada pukul 12 tengah malam Sabtu lalu kerana pada keesokan harinya saya mempunyai penggambaran telefilem lain pada pukul 8 pagi.

"Memandangkan PM itu tidak menyampaikan permintaan saya kepada pengarah pembantu (AD), jadi terdapat sedikit salah faham di situ. Tiada isu apapun sebenarnya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Pada Ahad, sebuah blog hiburan melaporkan Sharnaaz telah keluar dari lokasi pengambaran gara-gara tidak berpuas hati dengan perjalanan kerja yang tidak dapat dihabiskan sebelum pukul 12.00 tengah malam.

Osman Ali terpaksa memujuk Sharnaaz untuk kembali ke set pengambaran agar dapat menamatkan beberapa babak yang tertangguh.

Tambah Sharnaaz, tujuan dia telah meminta izin terlebih dahulu adalah kerana risau jika babak yang membabitkannya akan tamat pada pukul 4 atau lima pagi seperti hari-hari sebelumnya.

"Sudahlah sepanjang tiga bulan penggambaran saya dan pelakon-pelakon lain terpaksa bekerja bermula pada waktu pagi dan habis sebelum waktu Subuh.

"Tetapi kami tetap meneruskannya walaupun terpaksa. Walaupun terdapat isu-isu bayaran yang berbangkit. Apa-apapun saya tidak mahu memanjangkan hal remeh ini.

Terdahulu, pihak produksi berkenaan mengalami masalah apabila jadual penggambaran drama itu menjadi kelam kabut sehingga menimbulkan banyak masalah kepada artis dan krew.

Selain itu, penerbit drama berkenaan, Tarantella Pictures Sdn Bhd didakwa mempunyai masalah kewangan sehingga terdapat krew mengambil tindakan menarik diri daripada terlinat dengan pembikinan drama tersebut kerana tidak tahan dengan kemelut yang timbul.

Bicara Hati lakonan Sharnaaz bersama pelakon Christina Suzanne, Marsha Londoh dan Lash Mokhtar mengisahkan tentang cinta yang terjalin kerana wang dan kuasa di mana Tengku Shahran, lakonan Sharnaaz terpaksa berkahwin secara kontrak dengan Zahlia (Christina).

Drama sebanyak 26 episod itu bersiaran setiap Selasa, pukul 9 malam, bermula 3 Januari lalu menerusi saluran Astro Prima (105).

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan