Mikha Tambayong Sertai Teater 'Gerimis Mengundang'

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mikha Tambayong bersama-sama dengan Kamal Adli dan Ahmad Idham.
Mikha Tambayong bersama-sama dengan Kamal Adli dan Ahmad Idham.

PETALING JAYA: Pelakon remaja popular Indonesia, Mikha Tambayong, 18, telah memeterai persetujuan untuk terlibat dalam pementasan teater muzikal romantik, Gerimis Mengundang di Istana Budaya, bermula 27 Mac hingga 8 April ini.

Mikha yang kini begitu popular di drama televisyen dengan memegang watak Nada dan Cinta menerusi sinetron muzikal Nada Cinta ini berkata, dia gembira kerana diberikan peluang melibatkan diri dalam pementasan teater di Malaysia.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang ini kerana bukan mudah untuk berlakon di Malaysia.

"Ini merupakan peluang bagi saya menemui peminat-peminat di Malaysia secara dekat pada pementasan nanti," katanya.

Persetujuan berlakon untuk teater berkenaan dicapai dalam sebuah acara ringkas di Jakarta, Indonesia, yang turut dihadiri oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri, selaku pengarah teater Gerimis Mengundang dan Datuk Md Afendi Hamdan, daripada Erama Creative.

Selain itu, pelakon Malaysia, Kamal Adli masih lagi menjadi pelakon utama yang akan bergandingan dengan Mikha dimana kedua-dua mereka akan sibuk menjalani latihan pada Mac depan.

Teater itu telah diinspirasikan daripada filem berjudul sama, Gerimis Mengundang yang membabitkan lakonan Kamal dan pelakon Indonesia, Olivia Jensen dimana ia akan ditayangkan pada tahun ini.

Penghasilan teater dan filem Gerimis Mengundang adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serumpun di antara dua negara tetangga, Malaysia dan Indonesia, melalui karya seni.

Teater tersebut akan dipentaskan diterbitkan oleh Excelent Pictures, Erama Creative dan Global Network.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan