Vokal Yuna 'Pukau' 600 Penonton

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Biarpun hanya sejam, Yunalis Zaraai atau Yuna telah berjaya memukau para penonton dengan persembahan nyanyian yang mempesonakan pada Showcase Album Terukir Di Bintang, di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malam Sabtu.

Dengan hanya menjual tiket menerusi laman sosial Facebook, ruangan Auditorium dipenuhi kira-kira 600 para penonton malah ada segelintir peminat yang sanggup duduk di tangga semata-mata mahu menyaksikan konsert penyanyi kesayangan mereka itu.

Yuna membuka tirai dengan membawakan lagu daripada album barunya iaitu Someone Out Of Town, diikuti dengan lagu Fears And Frustration.

"Terima kasih banyak-banyak kerana hadir untuk menyaksikan persembahan saya yang sederhana ini, tanpa kamu (peminat) saya tidak mungkin dapat beraksi seperti ini mahupun dapat melebarkan sayap karier sehingga ke Amerika Syarikat.

"Harap-harapr kamu semua tidak berhenti untuk menyayangi lagu-lagu saya," katanya dengan penuh rendah diri.

Kemudian Yuna membawakan lagu saduran yang menjadi kegilaan ramai iaitu Come As You Are, nyanyian kumpulan lagenda dunia, Nirvana.

Penyanyi yang kini menjadi artis naungan syarikat rakaman antarabangsa, Fader Label ini ternyata cukup bertenaga mempersembahkan lagu-lagu hitsnya dengan 'mood' pentas yang santai, dipenuhi dengan lampu meja yang bewarna-warni.

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan ialah Coffee, Photo Of You, Memo, Terukir di Bintang serta sebuah lagu yang istimewa buat Yuna dan kekasihnya, Qi, KL Kita, dimana merekabersama-sama menghasilkan lagu itu.

Yuna turut mendendangkan koleksi lagu popular idolanya, Seniman Tan Sri P. Ramlee, Gelora Jiwa.

Bagi mengakhiri persembahannya pada malam itu Yuna menyanyikan lagu wajibnya jika mengadakan showcase iaitu Decorate. Pada saat itu, para penonton menyanyi beramai-ramai bersamanya sebagai tanda sokongan buat penyanyi jelita itu.

iklan

Video

Jumaat, 28 November 2014 12:15 AM

Anak Doakan Nurul Wahab Dapat Bayi Kembar

Khamis, 27 November 2014 2:11 PM

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan