Najua P.Ramlee Tidak Kisah Dikatakan Tumpang Populariti Datuk

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Najua P.Ramlee menjelaskan dia tidak kisah jika dikatakan cuba menumpang populariti nama datuknya, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee untuk mencipta nama dalam industri hiburan.

Najua atau nama sebenarnya, Najua Nasir berkata, dia menggunakan nama seniman negara itu bukan kerana mengejar glamour tetapi ingin menghargai nama datuknya itu.

"Saya menjadi pelakon dan penyanyi bukan kerana hendak mengejar glamour dan populariti semata-mata tetapi lebih kepada ingin meneruskan legasi yang arwah datuk tinggalkan kepada kami.

"Atas dasar itu juga saya ingin membawa namanya bersama-sama saya kerana ia dapat mengingatkan saya mengenai pengorbanan beliau dalam menaikkan industri perfileman dan muzik selain menghargai beliau," ujarnya kepada mStar Online di sini baru-baru ini.

Najua adalah anak kepada Mohamad Nasir P Ramlee iaitu anak tunggal P.Ramlee hasil perkahwinannya dengan Junaidah Daeng Harris.

Najua yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berkata, dia tidak pernah merancang untuk menjadi seorang pelakon atau pun penyanyi tetapi rasa itu menurutnya telah berada di dalam dirinya sejak kecil.

"Darah seni itu memang telah mengalir dalam badan, sejak kecil lagi saya memang sukakan kepada lakonan, nyanyian dan sebagainya yang berkaitan.

"Ia bukan sesuatu yang dipaksa oleh keluarga tetapi ia adalah semulajadi," ujarnya.

Dalam pada itu, Najua berkata, walaupun sedar dengan tanggapan masyarakat terhadapnya tentang penggunaan nama itu, dia tidak mahu membelenggu dirinya dengan perkara itu sebaliknya akan terus berusaha mencipta nama menerusi bakat yang dimiliki.

Ujarnya, fokusnya adalah untuk membangkitkan taraf industri seni tanah air terutamanya pentas teater.

"Teater dan saya memang tidak boleh dipisahkan kerana itu adalah minat utama saya. Bagaimanapun saya terbuka untuk mencuba pelbagai cabang lain dalam industri ini," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan