Jason Chong Ambil Risiko Arah 'Ular'

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jason Chong.
Jason Chong.

CYBERJAYA: Pengarah filem, Jason Chong menjelaskan dia perlu mengambil risiko apabila ditawarkan oleh KRU Studios tiga minggu lalu untuk mengarahkan filem Ular yang mengetengahkan makhluk asing sebagai karakter utama.

Jason berkata, walaupun pernah mengarahkan filem Belukar sebelum ini tetapi Ular memberikan cabaran lain kepadanya kerana selain dibarisi oleh pelakon hebat seperti Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, dia juga perlu membuat rombakkan pada skrip hanya dalam masa dua minggu.

"Saya mendapat tawaran mengarahkan filem ini tiga minggu lalu dan dalam masa dua minggu telah banyak rombakkan dibuat pada skrip bagi menyesuaikan keadaan dan sudah tentu ia memberikan sedikit tekanan kepada saya kerana itulah cabarannya untuk melihat sama ada saya boleh melakukannya atau pun tidak.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana mendapat bantuan daripada semua krew produksi yang bersama-sama memerah idea untuk memantapkan skrip dan jalan cerita sebelum penggambaran dimulakan," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media filem itu di KRU Studios di sini, Sabtu.

Jason menambah, dia bagaimanapun yakin dapat melunaskan tugasnya dengan baik di lokasi penggambaran yang bakal bermula pada 10 Januari ini di Pulau Pangkor, Perak.

Ujarnya, pelbagai perkara telah dirancang untuk memantapkan perjalanan cerita filem itu selain memberi penumpuan pada lakonan setiap pelakon.

"Kita tidak mahu menjadikan filem ini biasa dan sebab itu banyak perkara telah dirancang untuk memberikan kelainan kepada filem ini," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kemungkinan filem ini akan dibandingkan dengan cerita yang menggunakan makhluk asing sebagai karakter, Jason berkata akan terdapat beberapa persamaan tetapi apa yang menjadi penekanannya adalah kepada survival watak dalam filem Ular.

Jason berkata, dia juga akan menyuntik elemen tempatan yang bersesuaian mengikut acuan negara ini supaya dapat memberi kelainan kepadanya," ujarnya.

Sementara itu, Jason berkata, filem yang menelan belanja sebanyak RM2 juta itu bakal menggunakan teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) bagi memberikan kesan yang lebih baik kepada filem itu.

"Kita hanya akan menggunaka lima ekor ular betul di dalam filem ini dan selebihnya melalui CGI dan ular lateks bagi memberikan kesan sebenar," ujarnya.

Selain Lisa dan Yusry, filem Ular turut dibarisi oleh pelakon seperti Zarina Zainuddin, Nam Ron, Izzue Islam, Sharifah Shakinah, Zarina Anjoulie Lavokah dan Haron Salim Bachik.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan