Russell Brand Akui Hubungannya Dengan Katy Perry Bakal Berakhir

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hubungan suami isteri Katy Perry dan Russell Brand bakal berakhir.
Hubungan suami isteri Katy Perry dan Russell Brand bakal berakhir.

SELEPAS penyanyi Katy Perry menafikan penceraiannya dengan pelakon Russell Brand, khabar mengejutkan datang dari Russell yang mengakui hubungan mereka bakal berakhir.

Menurut US Magazine, Sabtu, pelakon komedi berasal dari England itu memohon penceraiannya di mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat, pada Jumaat lalu atas alasan tiada persefahaman.

"Saya berasa sedih kerana Katy dan saya harus mengakhiri perkahwinan ini. Saya akan selalu mengaguminya dan saya akan selalu menemaninya," ujar Russell kepada US Weekly.

Sebelum ini, media di Hollywood melaporkan Katy dan Russell bertengkar hebat beberapa minggu lalu.

Mereka juga meraikan perayaan Krismas secara berasingan. Russell di London bersama keluarganya, dan Katy terbang ke Hawaii bersama teman-temannya.

Sejak pertengkaran itu, Russell dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya. Sementara, Katy selalu menghindari pihak media.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan