Anang-Ashanty Makan Bersuap-Suap Saat Didakwa Putus Cinta

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIBA-TIBA sahaja hubungan pasangan popular Anang-Ashanty (gambar) dikhabarkan putus di tengah jalan kerana lamaran yang dirancang oleh Anang pada September lalu gagal.

Namun, mereka masih dilihat mesra dan saling makan bersuap-suap ketika membikin klip video terbaru mereka.

Kemesraan sejoli itu seolah-olah menunjukkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Menurut Ashanty, khabar angin itu tersebar kerana lamaran tersebut terpaksa dibatalkan akibat kesibukan masing-masing.

"Kami tidak mengambil pusing tentang khabar angin itu. Kami belum menentukan bulan berapa akan berkahwin, mungkin sebab itu keluar dakwaan seperti itu," ujar Ashanty seperti dilaporkan dalam portal detikhot.

Ketika pembikinan video klip itu, Anang dan Ashanty juga kelihatan masih 'intim'.

Kedua-duanya memang merancang untuk berkahwin pada tahun 2012. Bahkan Anang dan Ashanty sudah menempah pakaian pengantin walaupun belum menetapkan tarikh perkahwinan itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan