Penyanyi, Pelakon Kaye Stevens Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kaye Stevens (kanan) dikenali sebagai penyanyi dan pelakon.
Kaye Stevens (kanan) dikenali sebagai penyanyi dan pelakon.

THE VILLAGES, Florida: Penyanyi dan pelakon Kaye Stevens, 79, anggota kumpulan Rat Pack dan pernah sering menjadi artis jemputan Johnny Carson's "The Tonight Show," meninggal dunia di sebuah hospital di Florida.

Rakan karibnya, Gerry Schweitzer mengesahkan Stevens meninggal dunia pada hari Rabu akibat kanser payudara dan darah beku.

Stevens yang menetap di Florida, merupakan anggota Rat Pack termasuk Frank Sinatra, Dean Martin, Sammy Davis Jr. dan Joey Bishop. Dia juga pernah menyanyi secara solo di beberapa tempat di Bandaraya New York seperti Caesar's Palace di Las Vegas dan Hotel Plaza.

Sepanjang era Perang Vietnam, Stevens pernah menyertai askar Amerika.

Menurut seorang sumber bernama Rhonda Glenn, Stevens dilahirkan dengan nama Catherine Louise Stephens di Pittsburgh.

Kemudian, keluarganya berpindah ke Cleveland dan zaman remaja Stevens bermula sebagai pemain drum dan penyanyi. Dia pernah berkahwin dengan trumpet Tommy Amato dan pasangan ini pernah membuat persembahan di timur Amerika Syarikat.

Selain menyanyi, Stevens juga berlakon filem dan televisyen. Dia pernah muncul dalam enam buah filem dan mendapat pencalonan di Golden Globe pada tahun 1964 bagi filem "The New Interns."

Dia juga sering muncul dalam beberapa game show sebagai peserta selebriti termasuk "Days of Our Lives" dari tahun 1974-79.

Sepanjang dua dekad lalu, Stevens mula berkhidmat sebagai paderi dan menyebarkan Kristian dan muzik patriotik. Dia juga membantu membina Gereja St. Vincent Catholic di Margate. - AP

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan