Shila Amzah Akui Janggal Dipanggil 'Nabella'

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah (gambar)yang kini bergelar pelakon tidak selesa dipanggil Nabella selepas muncul dalam telefilem Patah Seribu arahan Michael Ang.

Menurut Shila, pengalaman tersebut menyeronokkan tetapi cabaran terbesar apabila dia terpaksa menjadi orang lain melalui watak Nabella.

“Biasanya orang memanggil saya dengan nama Shila, jadi saya rasa janggal apabila dipanggil Nabella.

"Bagaimanapun, Michael dan hero telefilem ini iaitu Sharnaaz Ahmad tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar kepada saya memandangkan saya baru pertama kali berlakon.

“Saya juga rasa seronok kerana dapat menyesuaikan keadaan dengan krew produksi yang sama membikin penggambaran muzik video lagu Patah Seribu sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kata Shila, telefilem yang turut dilakonkan oleh Amar Baharin, Sharifah Shahora, Jasmin Hamid dan Mahmud Ali Bashah itu dijangka akan disiarkan pada Februari 2012.

“Saya memang meminati bidang lakonan cuma sebelum ini saya tidak mempunyai kesempatan untuk mencubanya.

“Saya anggap tawaran untuk berlakon dalam telefilem ini sebagai takdir memandangkan Michael juga telah bertungkus-lumus membuat muzik video saya dan merasakan jalan ceritanya agak menarik.

“Sebab utama saya memilih untuk berlakon juga kerana telefilem ini menggunakan tajuk lagu nyanyian dan ciptaan saya serta berlandaskan kepada jalan cerita dalam lagu itu.

"Lagu Patah Seribu turut dipilih sebagai lagu tema,” ujarnya.

Tambah Shila lagi: “Ramai peminat yang tidak sabar untuk menonton lakonan saya dan saya menganggap telefilem Patah Seribu sebagai hadiah untuk mereka pada 2012 nanti.”

Shila tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk berlakon lagi selepas ini sekiranya ada watak yang sesuai.

“Buat masa sekarang, saya mahu tumpukan pada nyanyian dan pada tahun depan saya mempunyai banyak perancangan untuk nyanyian,” katanya yang akan melancarkan muzik videonya serentak dengan telefilem tersebut kelak.

Bagaimanapun, peminat sudah boleh menonton muzik video itu di YouTube.

Menyentuh tentang hubungannya dengan heronya dalam Patah Seribu iaitu Sharnaaz Ahmad, Shila akui mereka masih berkawan tetapi hubungan itu sudah melebihi dari kawan.

“Hubungan kami sudah melepasi lebih dari kawan tetapi bukan kekasih. Saya mengenalinya sudah lebih setahun dan mula rapat sejak Anugerah Skrin 2011,” katanya menjawab spekulasi hubungannya dengan Sharnaaz yang dikatakan sedang hangat bercinta.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan