Sajian Program Hangat Hujung Tahun Di TV3

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Tahun Baru yang kian hampir, TV3 mengambil peluang untuk menghiburkan penonton setianya dengan pelbagai aneka rancangan menarik.

Raikan sambutan Tahun Baru dengan sajian istimewa pelbagai genre dan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur menerusi rangkaian filem-filem hebat seperti Wanted, Slumdog Millionaire. dan 3 Idiots.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem terbaru seperti Aduh Sayang dan Jatuh Cinta serta imbas kembali kisah sensasi dan gosip panas dalam industri hiburan menerusi Melodi Terhangat, Fuhhh! Terbaik dan program majalah berita, Gelombang 2011.

Melodi Terhangat (Selasa, 27 Disember, 6.00 petang)

Ikuti 10 kontroversi yang menjadi bualan hangat sepanjang tahun 2011! Antaranya kisah dua pelakon jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish, pelakon dan pengarah drama “Asmara”, Faezah Elai dan Heykal Hanafiah, cinta Shahz Jaszle dan Maria Farida serta perang Twitter Azwan Ali.

Fuhhh! Terbaik (Selasa, 27 Disember, 11.00 malam)

Episod khas ini akan mengimbas kembali fesyen-fesyen artis tanah air pada majlis-majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu 25, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Skrin 2011.

Selain itu, muzik video terbaik untuk tahun 2011 dan aktiviti tanggungjawab sosial artis turut dipaparkan.

Menerusi Fuhhh! Terbaik ini juga, penonton dapat menyaksikan rumah Awal Ashaari diselongkar oleh wartawan-wartawan Fuhhh!

3 Idiots (Selasa, 28 Disember, 10.00 malam)

Farhan Qureshi, Raju Rastogi dan Rancho merupakan pelajar kejuruteraan dan berkongsi kediaman di Kolej Kejuruteraan Imperial.

Farhan mengambil jurusan ini kerana permintaan ayahnya sedangkan dia mahu menjadi jurugambar. Raju pula bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan Rancho kerana kegilaannya terhadap mesin-mesin.

Suatu hari, Racho jatuh cinta dengan seorang pelajar perubatan, Pia ketika Racho, Farhan dan Raju memecah masuk ke majlis perkahwinan kakak Pia untuk mendapatkan makanan percuma.

Dekan universiti, Viru, melabelkan Racho dan kawan-kawannya sebagai “bodoh” dan cuba memecah-belahkan persahabatan mereka.

Pelakon: Aamir Khan, Kareena Kapoor, Boman Irani, Sharman Joshi, Madhavan, Omi Vaidya, Mona Singh.

Mega Movie: Wanted (Jumaat, 30 Disember, 10.00 malam)

Wesley Allan Gibson, seorang kerani yang melalui rutin hidup yang membosankan. Wesley selalu dihina oleh bosnya manakala kekasihnya curang di pejabat.

Suatu hari, Wesley bertemu dengan seorang wanita misteri bernama Fox yang menyampaikan berita bahawa ayahnya merupakan seorang pembunuh profesional dari kumpulan “Fraternity” dan telah dibunuh oleh Cross, yang membelot kumpulan “Fraternity”.

Wesley menyedari dia mempunyai kebolehan terpendam dan membuat keputusan untuk menyertai kumpulan yang diketuai oleh Sloan.

Pelakon: James McAvoy, Morgan Freeman, Angelina Jolie, Terence Stamp, Common, Kristen Hager, Marc Warren.

Gelombang 2011 (Sabtu, 31 Disember, 5.00 petang)

Gelombang 2011 mengupas pelbagai cerita dalam dan luar negara yang paling mendominasi tajuk utama sepanjang tahun 2011.

Daripada agenda politik ke kancah sukan sehinggalah perkembangan ekonomi ke perihal sosial.

Antara yang dipaparkan; tsunami Jepun, tragedi tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, kemelut negara Arab, perkahwinan DiRaja Putera William dan Kate Middleton, peletakan jawatan oleh Misbun Sidek dan kejayaan kontinjen Malaysia di Sukan SEA.

Cerekarama: Aduh Sayang (31 Disember, 9.00 malam)

Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun.

Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus.

Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.

Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.

Istimewa Maher Zain (1 Januari 2012, 6.00 petang)

Kenali Maher Zain secara lebih dekat lagi melalui temu bual eksklusif dan ikuti persembahan istimewa beliau ketika Konsert Maher Zain di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Jatuh Cinta (1 Januari 2012, 9.00 malam)

Manisah tinggal bersama ibu bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah dan hidup secara sederhana.

Dia sentiasa membantu keluarganya untuk menyara hidup. Badrul, pengasas syarikat terkenal merupakan seorang duda yang tinggal dengan anak perempuannya bernama Tasha.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Eina Azman, Eyka Farhana, Hanez Suraya, Mohammad Hanis, Shukri Yahaya, Idris Mat Diah, Liza Abdullah.

Barbie Princess Charm School (2 Januari 2012, 9.00 pagi)

Barbie sebagai Blair Willows, seorang gadis yang setia menjaga ibu dan adiknya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan.

Bagi mengubah nasib keluarganya, Blair membuat keputusan drastik menyertai Princess Charm School dengan harapan dapat menjadi Kerabat DiRaja suatu hari nanti.

Pelakon: Diana Kaarina, Morwenna Banks, Nicole Oliver, Brittney Wilson, Ali Liebert, Shannon Chan-Kent.

Slumdog Millionaire (2 Januari 2012, 5.00 petang)

Mengisahkan tentang Jamal Malik, berusia 18 tahun, anak yatim berasal dari kawasan miskin di Mumbai yang bakal melalui perubahan terbesar di dalam hidupnya.

Seluruh negara sedang menonton keajaiban Jamal yang hanya perlu menjawab satu sahaja soalan lagi sebelum memenangi 20 juta rupees di dalam rancangan “Who Who Wants To Be A Millionaire?”.

Seluruh negara dikejutkan dengan penahanan Jamal kerana didakwa menipu. Jamal terdesak untuk membuktikan dia tidak bersalah, dia mula menceritakan kaitan setiap soalan yang ditanya dengan kisah silamnya.

Pelakon: Dev Patel, Saurabh Shukla, Anil Kapoor, Rajendranath Zutshi, Jeneva Talwar, Freida Pinto.

Pearl Screen: Armour Of God (2 Januari 2012, 10.00 malam)

Jackie pernah bersama Alan dan Laura di dalam sebuah kumpulan muzik sebelum dia dibuang.

Namun, Alan kembali mencari Jackie untuk meminta bantuan selepas Laura diculik.

Jackie mencuri salah satu pedang lagenda yang terkenal dengan nama “Perisai Tuhan” (Armour of God) dari sekumpulan puak Afrika. Dapatkah Jackie menyelamatkan Laura dari kumpulan pemuja syaitan tersebut?

Pelakon: Jackie Chan, Alan Tam, Rosamund Kwan, Lola Forner, Bozidar Smiljanic, Ken Boyle.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan