Berbaloi Memiliki Album James Baum

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM: My Lead

ARTIS: James Baum

LAGU PILIHAN: Locked In Love, Mess Around, Dirinya Sebenar, Fallin In Love

EDARAN: Red Room Studio

UNTUNG bagi sesiapa yang membeli album My Lead milik James Baum ini kerana kuantiti lagu yang ditampilkan berbaloi.

Malah ia memberi pilihan buat pendengar memilih lagu kesukaan masing-masing.

Sebanyak 17 buah lagu dimuatkan. Tetapi jujur OopStarz! katakan, lima trek pertama belum lagi memberi pendengar terus jatuh hati dengan lagu-lagu tersebut, belum sampai ‘kick’nya lagi.

Sejurus selepas itu, mendengar trek yang ke enam berjudul Dirinya Sebenar, halwa telinga pasti tertarik dengan melodinya yang ‘cepat tangkap’. Begitu juga dengan vokal dan susunan muzik urban kontemporari ditambah dengan sedikit suntikan rock bikin lagu ini tampak “solid”.

Antara lagu-lagunya ialah, My Lead dan Let me Know (menampilkan Nerdy Boy), Light It Up, Gotcha Girl (menampilkan Point Blanc), Go Getter (menampilkan Deuce In The Building), Dirinya Sebenar, Meltdown (menampilkan Sona One), Heart Beats, Bumble Bee, One Night, Istimewa (menampilkan Senoritas) dan Fallin In Love (menampilkan Hannah Tan).

Sementara itu, James turut menambah lima lagu bonus dalam album ini seperti Locked in Love, Soldier, Mess Around, Steer this Ship dan Locked In Love.

Dalam pada itu, mungkin juga lagu Fallin In Love mampu menarik perhatian ramai daripada segi popularitinya kerana membawa masuk Hannah Tan untuk berkolaborasi bersama.

Satu pilihan bijak daripada segi pemasaran. Lagunya juga agak ringan tetapi masih boleh diterima ramai.

Meltdown pula sedap melodinya tetapi konsep kedengaran persis penyanyi rap Amerika Syarikat, Nelly.

Bagaimanapun, berdasarkan pengamatan OopStarz!, percubaan James yang berusaha tampil dengan kepelbagaian muzik dalam album ini dikira menjadi.

Cuma, hati-hati-sedikit dengan muzik yang ingin ditonjolkan kerana terdapat satu atau dua buah lagu kedengaran sedikit lapuk muzik R&Bnya.

Keseluruhannya, album ini masih lagi boleh diterima umum. Ia membuatkan lagu-lagu James tidak lari daripada trek muzik Pop, Urban Contemporary, R&B yang ingin disampaikan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan