MLM: Pi Mai Tersingkir, Empat Peserta Mara Peringkat Akhir

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Pi Mai tersingkir pada persembahan minggu kelapan.
Kumpulan Pi Mai tersingkir pada persembahan minggu kelapan.

PETALING JAYA: Peringkat separuh akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung pada malam Jumaat di Stadium Tertutup Majlis Bandaran Johor Bahru menyaksikan penyingkiran kumpulan Pi Mai pada persembahan minggu kelapan itu.

Penyingkiran Pi Mai yang dianggotai oleh Imuda, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Sathiya itu dibuat selepas mendapat markah terendah sebanyak 15.8 peratus.

Selain Pi Mai, kumpulan Syok turut berada dalam kedudukan dua peserta mendapat markah terendah iaitu sebanyak 18.6 peratus.

Bagaimanapun hanya satu penyingkiran dilakukan.

Dalam pada itu, persembahan pada minggu kelapan itu diungguli oleh kumpulan Osbon (23.2 peratus), Boboi (23.2 peratus) dan kumpulan tunggal daripada Indonesia, Saehu (19.2 peratus).

Pada peringkat separuh akhir itu, para peserta diberi dua tugasan iaitu tema adaptasi daripada filem klasik dan konsep bebas.

Keempat-empat peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir bakal bertanding pada persembahan terakhir yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada Jumaat depan.

Sementara itu, kumpulan Pi Mai beterima kasih kepada semua pengundi dan peminat yang sentiasa menyokong mereka di pentas MLM sehingga minggu kelapan.

Dalam perkembangan lain, juri tetap MLM, Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan berpuas hati dengan persembahan para peserta pada minggu ini dan berharap mereka akan melakukan yang terbaik untuk peringkat akhir.

Selain Chef Wan, dua lagi juri tetap yang memberi komen setiap minggu ialah bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan dan Datuk Siti Nurhaliza serta juri jemputan, penyanyi Ferhad.

Markah keseluruhan dikira berdasarkan undian penonton yang membawa kepada 30 peratus markah serta baki 70 perauts lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.

Program MLM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (saluran 132).

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan