Konsert 'Loudspeaker' Bikin Dira Tertekan

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dira gembira menerima sokongan sepenuhnya daripada suami bagi menjayakan konsert Loudspeaker.
Dira gembira menerima sokongan sepenuhnya daripada suami bagi menjayakan konsert Loudspeaker.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar mengakui tertekan menguruskan persiapan konsert Loudspeaker Y2K11 yang dianjurkan syarikat abangnya, Muhd Idi Iskandar iaitu Red Garage Group Sdn Bhd (RGGSB).

Ia akan berlangsung pada 25 Disember ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert berkenaan akan menampilkan empat ikon rock seperti Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter dan Faizal Tahir

Dira berkata, tanggungjawabnya sebagai Pengarah Pengiklanan dan Promosi RGGSB membuatkan jadualnya begitu padat sejak sebulan lalu dan bersyukur kerana suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof banyak memberi sokongan terhadapnya.

"Saya mengaku agak tertekan tetapi taklah teruk sangat. Sejak sebulan lalu kehidupan saya dah macam 'roller coster'. Tapi saya bersyukur kerana suami tidak mengeluh dan merungut. Bahkan dia turut memberi semangat apatah lagi dia pun turut terbabit secara langsung memastikan kelancaran konsert ini.

"Apa yang membuatkan saya terlampau sibuk kerana komitmen saya sebagai seorang pelakon dan pengacara Melodi di TV3. Sesiapa yang berada di tempat saya pasti berdebar dan pening kepala," selorohnya.

Tambah pelakon ini, dia gembira kerana tiket konsert berkenaan sudah terjual sekitar 70 peratus selepas membuat promosi berterusan termasuk sokongan daripada pihak media, hebahan di laman Facebook, Twitter dan Youtube serta promosi di jalanan.

“Kami yakin dengan sokongan peminat terhadap empat ikon rock yang dipertaruhkan.. Dengan satu harga tiket RM77 (berdiri), mereka boleh menonton empat bintang rock sekali gus. Memang kami lebih banyak mempromosikan tiket RM77 untuk generasi muda.

“Tiket berharga RM222 (VIP) pula lebih kepada mereka yang mahu gaya yang lebih eksklusif. Atau dalam erti kata lain untuk generasi lama yang menjadi pengikut setia kumpulan Wings dan XPDC contohnya. Tetapi kalau ada generasi muda yang mahu, kita masih boleh menjualnya,” kata Dira.

Urusan pembelian tiket boleh dilakukan dengan melayari www.tickethotline.com.my atau menghubungi talian, 03-7725 1177. Ia juga boleh dibeli di stesen minyak Petronas terpilih.

Ditanya bagaimana perasaan suami saat Dira begitu komited memastikan perjalanan menjelang konsert ini, Dira tidak melihat tanggungjawab sebagai isteri diabaikan.

“Ikutkan memang banyak perkara yang kami kongsi persamaan. Selain suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, kami juga antara penggemar muzik rock. Alhamdulillah, dia sangat okey. Malah dia suka melihat saya melunaskan kerja sampai habis.

“Tanggung jawab sebagai isteri diteruskan macam biasa. Kami sudah faham dengan perangai masing-masing dan saling menyokong. Selagi tahu batas-batas dan percaya kepada diri, insya-Allah kami boleh melaluinya sebaik mungkin. Amin,” katanya.

Sementara itu, bersempena dengan konsert tersebut, RGGSB turut mengadakan Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2011 di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada 23 dan 24 Disember ini.

KLBW 2011 yang terbuka untuk orang ramai secara percuma itu merupakan acara tahunan sejak 2008. Seperti tahun terdahulu, acara permotoran yang turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia ini mencipta kejayaannya yang tersendiri.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan