Industri Filem Tempatan Menunjukkan Peningkatan Jualan Tiket

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri perfileman negara semakin mendapat tempat di kalangan rakyat apabila jumlah kutipan meningkat sekali ganda kepada RM100 juta tahun ini berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd Naguib Razak berkata, kutipan itu hasil penayangan 42 filem tahun ini dengan 10 daripadanya mencipta 'box office' di seluruh negara.

Selain itu, katanya lagi, enam buah filem yang meraih kutipan terbanyak tahun ini ialah Kongsi, Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Bonceng, KL Gangster dan terbaru Ombak Rindu.

"Peningkatan ini sangat luar biasa kerana jika berbanding tahun lepas, kutipan hanya RM50 juta," katanya pada program Bicara Bersama Media sempena 100 hari beliau sebagai Ketua Pengarah Finas di Studio Digital Mix Stage di sini, Jumaat.

Katanya, ruang pasaran industri filem tempatan perlu diperluaskan dan penerbit filem harus lebih kreatif dalam menghasilkan idea-idea baru dan mampu menarik perhatian pasaran antarabangsa.

Katanya, dalam usaha menggalakan industri filem dan karya kreatif tempatan berkembang maju setanding filem antarabangsa, jalinan kerjasama dalam pembangunan dan pemasaran filem dengan negara-negara luar sedang diusahakan.

"Penekanan strategi pemasaran dan aspek teknikal seperti kemantapan jalan cerita sesebuah filem dan kreativiti 'skill set' perlu diberi perhatian serius," katanya.

Menurut beliau, Finas juga akan menganjurkan sesi dialog dua kali sebulan bersama para karyawan dan penggerak perfileman negara dalam usaha mengenalpasti masalah karyawan dan isu-isu perfileman negara mulai tahun depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan