Michael Ang Sanggup Tunggu Randy Pangalila

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Ang sanggup menunggu Randy Pangila untuk drama arahan terbarunya. - Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.
Michael Ang sanggup menunggu Randy Pangila untuk drama arahan terbarunya. - Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.

KUALA LUMPUR: Pengarah drama, Michael Ang memberitahu sanggup menunggu pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila untuk berlakon dalam drama terbaru arahannya, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Michael berkata, kesibukan pelakon berusia 21 tahun itu menjayakan drama bersiri Nada Cinta di Indonesia tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus mendapatkan bintang muda itu.

"Randy adalah seorang bintang muda yang bukan sahaja popular di Indonesia tetapi juga di Malaysia gara-gara sinetron Nada Cinta yang disiarkan di Astro Ria.

"Atas dasar itu saya sanggup menunggunya untuk menjayakan drama ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton drama tersebut di sini pada Khamis.

Michael berkata, pihaknya melalui Cube Film mula merisik pelakon berkenaan sejak awal tahun ini dan komitmennya terhadap sinetron yang mempunyai durasi episod panjang telah membantutkan perancangan mereka.

"Selepas selesai dia menjalani lebih 200 episod drama bersiri itu barulah kami berbincang secara serius untuk menggandingkannya dengan pelakon muda, Elfira Loy dalam drama itu yang akhirnya menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Michael memberitahu, dia memilih Randy bukan sahaja kerana pelakon itu sedang popular tetapi juga ingin memberikan kelainan pada drama yang turut dibintangi oleh Sharifah Shahora dan Didie Alias.

Ujarnya, faktor kekurangan pelakon lelaki muda di negara ini juga telah menjadi antara penyebab dia memilih Randid.

"Di Malaysia tidak ramai pelakon lelaki muda yang sesuai untuk digandingkan dengan Elfira. Oleh kerana itu saya memilih dia untuk berlakon dalam “Biar Mimpi Sampai Ke Bintang” dalam usaha menggabungkan pelakon dari dua buah negara," ujarnya.

Sementara itu, Michael berkata, tidak sukar bekerja dengan Randy kerana dia senang menerima arahan dan dedikasi ketika berada di lokasi.

Dalam masa yang sama dia turut menuji Elfira yang memberikan komitmen tinggi walaupun pertama kali pelakon berusia 17 tahun itu memegang watak romantik.

Biar Mimpi Sampai Bintang adalah sebuah drama romantik antara dua darjat bakal disiarkan pada 22 Disember ini di saluran Astro Ria.

iklan

iklan

Iklan