Uji bakat 'Showdown 2012' Terima Respons Positif

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joe Flizzow dan Maple Loo kekal sebagai juri tetap Showdown 2012.
Joe Flizzow dan Maple Loo kekal sebagai juri tetap Showdown 2012.

PETALING JAYA: Program tarian popular, Showdown 2012 muncul kembali dan pencarian bakat baru kini sedang rancak dijalankan.

Menurut Penerbit Kanan Primeworks Studio, Zebedee DeCosta, terdapat pembaharuan yang dilakukan untuk musim ketiga ini di mana pihaknya telah menjalankan uji bakat secara dalam talian pada November lalu.

“Program ini mendapat respons yang baik apabila lebih 30 krew telah menghantar video tarian mereka ke laman web, www.8tv.com.my/showdown.

"Perkembangan positif ini membuktikan bahawa Showdown bukan sahaja membuka ruang kepada generasi muda mengetengahkan bakat mereka malah membuka mata khalayak bahawa negara kita mempunyai krew tarian yang hebat," katanya.

Tambah Zabedee, bagi yang tidak berkesempatan menghantar video tarian mereka, uji bakat secara terbuka akan diadakan pada Ahad ini bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang di Aras Bawah, KL Live Centre, Kuala Lumpur.

Krew yang berjaya dalam sesi uji bakat akan berentap di pentas ‘Battle’ di mana mereka akan terlibat dalam pertempuran satu lawan satu.

Kemudian, bagi krew yang berjaya, mereka akan ke peringkat seterusnya, 'The Meltdown' dengan menunjukkan skil tarian secara langsung di atas pentas.

Sebanyak 12 krew dipilih dan mereka akan melalui proses penyingkiran mingguan.

Sebelum penyingkiran, pusingan penentuan yang dipanggil ‘Dance Off’ diadakan bagi empat kumpulan yang mendapat markah terendah dan akan bertanding sekali lagi untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

Empat kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir akan berentap mendapatkan gelaran juara dengan mempersembahkan tarian ‘style’ 'krump-ing', 'lock-ing' dan 'break dance'.

Seperti biasa, Showdown 2012 masih lagi mengekalkan penyanyi rap, Joe Flizzow dan Maple Loo (koreografer/penari) selaku juri tetap.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan