Shaheizy Sam Enggan Berlakon Untuk Mengarah Filem

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shaheizy Sam
Shaheizy Sam

KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam (Sam), 29, berkata keputusannya untuk berehat panjang daripada menerima sebarang tawaran berlakon pada waktu ini adalah sebagai persiapan untuk dia mengarahkan filem sulungnya yang dijangka bermula pada Februari tahun depan.

Sam berkata selepas hampir dua tahun bekerja-keras memenuhi pelbagai tawaran berlakon filem secara berterusan, dia memilih untuk berehat selama beberapa bulan sejak Aidilfitri lalu bagi menumpukan perhatian pada urusan pra-produksi filem yang bakal diterbitkan syarikat produksi keluarganya itu.

“Hampir dua tahun saya bekerja-keras dalam pelbagai filem tanpa henti. Akhirnya saya dapat berehat panjang daripada sebarang penggambaran sejak Hari Raya lalu.

“Namun, ia tidak bermakna saya pergi bercuti ke mana-mana, cuma lebih banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarga di rumah.

"Jadual saya tetap terisi dengan kerja-kerja memasukkan suara untuk filem-filem lakonan saya, sesi fotografi dan promosi filem,” katanya.

Ditanya tentang filem yang bakal diarahnya itu, Sam berkata sifat semula jadi dia yang pendiam dan suka memerhati menjadi pendorong untuk menggalas tanggungjawab berat tersebut.

“Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk meluaskan kebolehan dalam bidang pengarahan.

"Pengalaman dan pengamatan saya pada dunia lakonan tanah air selama hampir 20 tahun memberi keyakinan untuk menyahut cabaran ini.

“Buat masa ini saya belum boleh berkongsi lebih lanjut tentang filem yang akan saya arahkan itu, cuma ia sebuah filem aksi,” kata pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 ini.

Dalam pada itu, Sam akan muncul dalam filem terbaru Songlap di samping Syafie Naswip dan Sara Ali yang memulakan tayangan umum pada 15 Disember ini.

Pada 2012, pelakon popular ini juga muncul dalam filem sekuel Adnan Semp-it 2 arahan Ismail Bob Hasim dan 8 Jam (Ahmad Idham).

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan