Sabhi Saddi Berjaya 'Rampas' Lagu Rebutan Artis Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sabhi dan Alfred yang menjuarai pertandingan Ambank RTM Cipta Lagu 2011. -  Foto ihsan SABHI
Sabhi dan Alfred yang menjuarai pertandingan Ambank RTM Cipta Lagu 2011. - Foto ihsan SABHI

PETALING JAYA: Penyanyi Sabhi Saddi berjaya “merampas” lagu Cinta Sesungguhnya daripada penyanyi Indonesia iaitu Afgan dan Sammy (Keris Patih) yang sebelum ini ingin memperoleh lagu tersebut.

Menurut pengurusnya, Aszuad Zakaria, Sabhi berangkat ke Indonesia pada 20 Disember ini untuk bertemu dengan komposer lagu berkenaan iaitu Bemby Noor dan seorang lagi komposer, Andrew Darmoko.

"Sabhi akan menyanyikan dua buah lagu ciptaan Bemby manakala sebuah lagu lagi merupakan ciptaan Andrew.

"Kami memilih lagu Cinta Sesungguhnya kerana lagu itu mempunyai kekuatan seperti lagu Nadiku yang pernah dinyanyikannya sebelum ini.

"Disebabkan itu, kami sanggup membayar lebih tinggi daripada Afgan dan Sammy untuk memastikan lagu tersebut berjaya dinyanyikan oleh Sabhi," kata Aszuad yang terpaksa merahsiakan jumlah bayaran yang diberikan kepada Bemby.

Bemby merupakan komposer yang pernah menggubah lagu untuk Afgan dan penyanyi tempatan yang berhijrah ke Indonesia, Kaer Azami.

Walaupun baru pertama kali bekerjasama membikin lagu Sabhi, Aszuad berkata mereka telah lama mengenali Bemby sejak setahun lalu. Ini kerana Bemby pernah terlibat dengan pembikinan lagu “Tanpamu” yang dinyanyikan secara duet antara Sabhi dan Helena Andrian.

Dalam perkembangan lain, Sabhi juga akan menyanyikan lagu Waktu ciptaan Alfred Teo yang telah menjuarai pertandingan Ambank RTM Cipta Lagu 2011.

Agak bertuah juga apabila selepas menjuarai pertandingan itu, Sabhi turut ditawarkan untuk berduet dengan penyanyi terkenal Ziana Zain.

"Kami bersyukur kerana setiap peluang ini sudah menjadi rezeki Sabhi untuk tahun 2011," ujar Aszuad lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan