Marc Anthony Larang Kekasih Bekas Isteri Bawa Anak

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marc Anthony dan bekas isterinya, penyanyi Jennifer Lopez.
Marc Anthony dan bekas isterinya, penyanyi Jennifer Lopez.

PENYANYI Latin, Marc Anthony melarang keras kekasih bekas isterinya, Jennifer Lopez yang berusia 24 tahun daripada membawa anak kembar mereka bersiar-siar menaiki kereta.

Marc dikatakan berang apabila mendapat tahu bahawa kekasih Jennifer iaitu Casper Smart pernah mempunyai rekod buruk dalam melakukan kesalahan lalu lintas.

Sumber terdekat penyanyi yang terkenal dengan lagu My Baby You itu, dikatakan bergaduh besar dengan Jennifer apabila mendapat tahu mengenai rekod memandu Casper dan memberi amaran kepadanya supaya tidak lagi membawa Max dan Emme bersiar-siar menaiki kereta.

Radaronline turut melaporkan, di sebalik kejadian itu, Marc sebenarnya cemburu apabila anak-anaknya banyak menghabiskan masa bersama Casper.

Ekoran daripada pertengkaran itu, Marc dilaporkan enggan bekerjasama dengan Jennifer dalam program Q'Viva! The Chosen yang bakal mencungkil bakat-bakat baru dari Amerika Latin.

"Marc cukup terganggu dengan penglibatan Casper dengan anak-anaknya bersama Jennifer dan pergaduhan besar antara mereka telah menyebabkan Marc enggan bekerja dengan Jennifer untuk program itu yang telah dipersetujui sebelum mereka bercerai," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan