8TV Siar Tujuh Program Menarik Sempena Krismas

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ninja
Ninja

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Hari Krismas pada 25 Disember depan, stesen televisyen 8TV menyediakan program-program menarik buat para penonton.

Bermula 24 Disember, filem aksi komedi yang dibintangi oleh Athena Chu Yun, Cheung Ka-Fai dan Louis Koo Tin-Lok, Conman In Tokyo, akan disiarkan pada pukul 8.30 malam.

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Cheung, yang gemar berjudi dan suka membangga diri membuatkan dirinya sentiasa dihimpit masalah. Cheung berazam mahu mencari seorang 'pesara' kaki judi, Koo, yang dipercayai dapat membantunya menyelesaikan masalah yang ditanggung.

Diikuti pula dengan siaran The X Factor Grand Finals pada pukul 10.30 malam, program realiti terkemuka ini bakal mengakhiri siri pertamanya tidak lama lagi dan nantikan peserta yang bakal membawa pulang gelaran juara 'The X-Factor'.

Gelagat-gelagat barisan juri iaitu Simon Cowell, Paula Abdul, penyanyi Nicole Scherzinger, penerbit muzik terkemuka, L.A Reid serta juri jemputan pasti akan menggamatkan suasana program yang mula menjadi perhatian ramai ini.

Pada hari sambutan Krismas pula, tiga rancangan hebat iaitu MTV Movie Awards 2011 (12.30 tengah malam), Show On Cruel Stage Concert Live (3 petang) serta filem Ninja (10.30 malam) pula disajikan.

Kemeriahan MTV Movie Awards yang diadakan pada Jun lalu di L.A. Gibson Ampitheatre semestinya menjadi rancangan pilihan terutamanya buat golongan muda yang ingin menyaksikan keunikan fesyen selebriti antarabangsa pada acara anugerah tersebut.

Menerusi Show On Cruel Stage Concert Live, Show Lo bakal mempersembahkan lagu-lagu hit dari lima buah album pertamanya dan turut menampilkan persembahan hebat daripada artis jemputan seperi Rainie Yang. Show juga mempersembahkan nyanyian daripada lagu-lagu daripada penyanyi Cantopop seperti Alex To dan Aaron Kwok.

Filem Ninja yang dibintangi oleh Scott Adkins, Mika Hijii dan Tsuyoshi Ihara pula mengisahkan seorang pelajar bernama Casey, mendalami ilmu Ninjitsu di Jepun dan telah diamanahkan untuk mempertahankan senjata daripada ninja Koga terakhir yang disimpan dalam sebuah peti rahsia yang ditempatkan di New York.

Casey bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai rintangan dan kejahatan Masazka dan Mr. Temple, tetapi dia juga terpaksa menyelamatkan kekasihnya daripada menjadi buruan penjahat-penjahat tersebut.

Sementara itu pada 26 Disember pula, acara Video Game Awards 2011 bersiaran pada 12.30 tengah malam, manakala filem Tricky King dapat ditonton pada pukul 2 petang.

Filem itu mengisahkan tentang seorang lelaki yang berperwatakan jujur dan lurus, Ohmygod, telah dianiaya oleh rakan sekerja barunya, Tricky King. Akibat percaya dengan helah Tricky king, Ohmygod akhirnya dibuang kerja dan dibenci gadis idamannya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan