Karnival Yuan Ntv7 Labuh Tirai Dengan 1,001 Keceriaan

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ribuan penonton yang hadir di Karnival Yuan ntv7.
Ribuan penonton yang hadir di Karnival Yuan ntv7.

PETALING JAYA: Karnival Yuan ntv7 akhirnya melabuhkan tirainya pada 4 Disember lalu dengan jumlah pengunjung di semua lokasi menjangkau 135,000 orang.

Ternyata hujan lebat pada hujung minggu lepas tetap tidak mematahkan semangat komuniti di sana apabila SJK (C) Serdang Baru 1, Sri Kembangan dipilih menjadi destinasi ke tujuh dan penutup kepada karnival yang menjanjikan seribu satu keceriaan kepada mereka.

Tujuh lokasi yang telah dipilih tahun ini dan telah pun dijelajahi adalah Pulau Pinang, Johor, Perak, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor.

Lokasi terakhirnya pula menyaksikan seramai 23,000 pengunjung hadir untuk berseronok bersama warga ntv7 itu dengan menyertai pelbagai aktiviti seperti permainan riang-ria serta barisan persembahan hebat yang telah disediakan istimewa buat mereka.

Tahun ini, Karnival Yuan ntv7 dijayakan dengan tajaan syarikat telekomunikasi yang dicetuskan oleh Celcom serta rakan media OneFM dan Guang Ming Daily.

Karnival yang diwujudkan pada dasarnya adalah untuk beramah mesra bersama komuniti Cina semestinya turut menambahkan nilai kasih sayang bersama keluarga serta keseronokan buat mereka.

Kehadiran ramai artis yang membuat persembahan mereka menjadi salah satu tarikan utama karnival tersebut terutamanya penampilan khas artis yang bakal membuat persembahan istimewa mereka di konsert besar tahunan ntv7, Star Live Concert 2011 iaitu kumpulan muzik lelaki, dayDream serta Athena Beh.

Pastinya tidak lengkap jika personality ntv7 tidak bersama di karnival itu. Adrian Tan, Ah Niu dan Nick Chung ternyata membuat ramai bersorak menggilai personaliti tampan itu. Mayjune pula sentiasa menjadi ikutan sekarang kerana mengacara rancangan Women’s Zone dan berkongsi sesi kecantikan bersama pengunjung yang berkesempatan.

Personaliti Mandarin 7, Tiang Kah Chee dan Yong Yu Xi juga hadir di gerai berita ntv7 untuk beramah mesra.

Serta ujibakat penyampai berita juga dilakukan bagi mencari wajah baru dan memberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk menceburi bidang penyiaran.

Peluang bergambar bersama teraju kisah seram 23:59 yang bakal ditayangkan pada 29 Disember nanti, Henly Hii dan Stella Chung juga tidak dilepaskan para pengunjung.

Bagi peminat Astrologi Cina pula, seminar khas BaZi tetap menjadi pilihan.

Bengkel bersama DJ one FM- Nicholas, Wayne, Max dan Kyan turut menjadi rebutan orang ramai untuk mencedok pengalaman mereka untuk menjadi penyampai radio.

Pengunjung kanak-kanak juga tidak dilupakan kerana pelbagai aktiviti disediakan untuk menarik minat si cilik agar bersama bergembira di karnival itu.

Antaranya sesi mewarna, kuiz dan bengkel Go Green yang mendidik mereka dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Mereka juga boleh meyertai beberapa peraduan untuk memenangi hadiah menarik.

Sepanjang dua hari karnival itu berlangsung di lokasi terakhirnya tahun ini, pengunjung sentiasa terhibur dengan persembahan pentas terutama muzik yang dimainkan sepanjang ia berlangsung. Pertandingan tarian, karaoke serta kebudayaan ternyata menggembirakan pengunjung.

Berakhir jam 7 petang, penutup tirai kali ini ialah adaptasi siri komik “Monkey King” oleh murid-murid sekolah tersebut yang ternyata turut memeriahkan lagi karnival dengan jalan cerita menarik serta set pentas yang penuh warna warni.

Istimewanya, pengunjung juga berpeluang mendapatkan album khas sempena Tahun Baru Cina nyanyian personaliti hebat dari One FM, ntv7 dan 8TV dengan slot Roadshow Album Tahun Baru Cina 2012 yang turut menarik minat ramai peminat mereka.

Karnival Yuan ntv7 dianjurkan untuk bersama penonton setianya di seluruh Malaysia.

Karnival ceria bersama komuniti ini adalah inisiatif saluran ini dimulakan sejak tahun 2010 bagi memberi penghargaan bersama penonton yang sentiasa menyokong ntv7.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan