Saiful Apek Ilhamkan ‘Aletotoit’ Sebagai Lagu - Berita Hiburan | mStar

Saiful Apek Ilhamkan ‘Aletotoit’ Sebagai Lagu

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Apek melakonkan watak orang buta dalam Bujang Telajak Belum Terlanjur.
Apek melakonkan watak orang buta dalam Bujang Telajak Belum Terlanjur.

SHAH ALAM: Pelawak Saiful Apek mengilhamkan slanga ‘aletotoit’ dalam lagu terbarunya yang turut menggunakan judul yang sama dengan slanga itu.

Menurut pelawak yang dikenali dengan gelaran Apek ini, lagu yang telah dirakam itu turut dinyanyikan secara duet dengan Bob Kuman dan akan disiarkan pada bulan Januari depan.

”Saya menggunakan slanga ‘aletotoit’ kerana mengingatkan kepada slanga yang popular sewaktu saya kecil dahulu.

“Lirik lagu ini dihasilkan oleh saya dan Bob Kuman manakala lagunya digubah oleh Salam dalam rentak raggae,” katanya ketika ditemui di sidang media promosi tayangan filem Bujang Telajak Belum Terlanjur di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, Selasa.

Katanya lagi, ‘teaser’ lagu tersebut boleh didengar di YouTube yang menggunakan judul Fullamak.

Menyentuh tentang filem Bujang Telajak Belum Terlanjur yang menggandingkan Apek dengan Nabil, Johan dan Fazura, dia akui kelainan cabaran dalam filem ini apabila dia perlu melakonkan watak orang buta.

“Saya rasa watak orang buta sangat berat kerana walaupun saya menyamar sebagai orang buta, saya tetap pejamkan mata untuk benar-benar menghayati watak itu.

“Disebabkan itu, saya melibas tongkat banyak kali tanpa mengikut koordinasi yang betul. Tetapi pada saya, watak orang buta yang dilakonkan oleh Mustapha Kamal dalam filem ini seharusnya dipuji kerana dia lebih memaparkan perwatakan itu dengan lebih mendalam,” katanya lagi.

Tambahnya: “Saya juga memuji Fazura yang agak profesional apabila mampu menahan gelak sehingga penggambaran selesai. Selepas itu, baru dia akan lepaskan ketawanya.

“Apa pun, saya memandang cerita ini kepada mesejnya iaitu jika ingin melakukan sesuatu, jangan menipu dan lebih baik berterus-terang.”

Selain Bujang Telajak Belum Terlanjur yang akan ditayangkan di pawagam bermula 11 Disember ini, dia juga bakal muncul dalam filem Rock 2, Sofazr The Movie…Jiwa Kacau dan Hantu Air.

Pada tahun depan, dia akan terlibat dengan sekuel akhir Cicakman 3D.

Selain itu, wajah Apek juga boleh ditonton menerusi sitkom Senario: Misteri BamBoo di TV3 pada setiap Selasa, pukul 10 malam.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan