Mawi Bolot Dua Anugerah Di Konsert Akhir Reunion AF

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mawi memenangi dua anugerah di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa, Sabtu lalu.
Mawi memenangi dua anugerah di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR: Biarpun karier nyanyian Mawi dilihat kurang menyerlah sejak akhir-akhir ini, namun dia tidak tewas untuk membolot dua anugerah di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia (AF) pada Sabtu lalu di AEON AU2, Setiawangsa, di sini.

Mawi atau Asmawi Ani yang merupakan juara AF3 berjaya memenangi Anugerah Balada Lelaki dan Anugerah Duet dengan pasangan duet Lagu Jiwa Lagu Cinta iaitu Datuk M.Nasir yang pernah menjadi pengetua Mawi sewaktu di AF3.

Sementara itu, antara sembilan musim AF, alumni AF2 yang lebih menyerlah apabila berjaya menggondol dua anugerah di konsert yang menggabungkan hampir semua alumni AF 1 hingga AF9 itu.

Zarina dan Bob yang merupakan bekas pelajar AF2 berjaya memenangi Anugerah Dangdut Terbaik menerusi lagu Goyang Inul dan Anugerah Irama Malaysia (Pantun Budi).

Berbaki lima lagi anugerah masing-masing dimenangi oleh Anum AF8 (Anugerah Rock Wanita), Hazama AF9 (Anugerah Rock Lelaki), Faizal AF4 (Anugerah Komedi), Mila AF5 (Anugerah Balada Wanita) dan Stacy (Anugerah Tari).

Selain itu, penonton turut dihiburkan dengan dendangan lagu bonus iaitu Hatimu Milikku nyanyian Nera AF9, Cinta Abstrak (Azri AF9), Ombak Rindu (Adira AF8 & Hafiz AF7) dan Simetri (Hazama & Amy Search).

Bagaimanapun, ia menjadi kejutan dan kelainan apabila Hazama berduet dengan klip video Amy menyanyikan lagu itu yang disiarkan di layar putih sebagai pengganti kehadiran Amy di situ.

Konsert bertemakan malam anugerah itu diadili oleh bekas tenaga pengajar AF iaitu Fauziah Nawi, Adnan Abu Hassan, Adam Corrie Lee, Dr Azahari Othman, Fazley Yaakob dan pengacara Diari Ext AF, Zainal Alam Kadir.

Konsert ini akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada Sabtu, 31 Disember ini, pukul 10 malam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan