Kejayaan Ombak Rindu Bayar Kekecewaan Osman Ali

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Osman Ali.
Osman Ali.

PETALING JAYA: Pengarah filem yang sedang naik, Osman Ali berkata, kejayaan Ombak Rindu telah membayar kekecewaannya terhadap beberapa buah filem arahannya yang gagal mendapat kutipan cemerlang di pawagam.

Osman berkata, kutipan filem adaptasi daripada novel hasil tulisan Fauziah Ashaari sebanyak RM4 juta dalam masa empat hari adalah sama sekali di luar jangkaannya.

"Sejujurnya ucapan terima kasih perlu saya berikan kepada semua peminat filem ini yang keluar menonton dan kekuatan utama Ombak Rindu sebenarnya datang daripada jiwa penonton itu sendiri.

"Mereka juga adalah tunjang utama ketika saya mula-mula bersetuju untuk menghasilkan filem ini," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Osman berkata, kejayaan filem ini juga telah memberikan motivasi tinggi kepadanya untuk terus menghasilkan karya hebat buat penonton di negara ini sekaligus menaikkan industri filem tempatan.

Ujarnya, filem terbitan Astro Shaw dan Taranttela Pictures Sdn Bhd itu juga adalah bukti pandangan skeptikal sesetengah masyarakat mengenai filem bergenre cinta adalah salah.

"Ada segelintir masyarakat yang memandang sepi mengenai filem begenre cinta di pawagam buat masa ini kerana bagi mereka ia boleh ditonton di kaca televisyen.

"Kejayaan filem ini juga boleh dijadikan bukti bahawa filem cinta dan romantik boleh dijual di pawagam jika jalan ceritanya kuat," ujar beliau lagi.

Sementara itu, Osman berkata, berkemungkinan besar filem lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz itu akan diangkat sebagai drama bersiri selepas ini.

"Perbincangan telah dilakukan dengan pihak Astro dan berkemungkinan besar ia akan dibuat sebagai drama bersiri tetapi ia masih di peringkat perbincangan," ujarnya lagi.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan