Bayi Kembar Mariah Carey Sudah Pandai Bermain Drum

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mariah Carey dan Nick Cannon mendukung Moroccan dan Monroe.
Mariah Carey dan Nick Cannon mendukung Moroccan dan Monroe.

TIDAK mengejutkan apabila dua bayi kembar pasangan Hollywood Mariah Carey dan Nick Cannon iaitu Moroccan dan Monroe sudah pandai bermain drum pada usia 7 bulan.

Menurut Nick Cannon, pasangan kembar itu sudah menunjukkan bakat bermain alat muzik walaupun masih berusia 7 bulan.

"Anak lelaki kami tahu bagaimana bermain drum. Dia benar-benar tahu bagaimana menjaga ritma lagu. Mereka tentunya mempunyai bakat dan kemampuan dalam hal ini," ujar Nick sebagaimana yang disiarkan oleh E! Online. .

Ternyata bukan hanya bakat ini yang mengagumkan kedua ibu bapa itu. Nick juga menyatakan bahawa bayi kembar ini sudah mula berbicara. Bahkan Monroe sudah belajar berjalan.

"Mereka berdua adalah bayi yang genius. Mereka sudah menyanyi dan bercakap seperti menyebut 'mama', 'papa' dan 'dada'. Mereka mengagumkan. Anak perempuan saya sudah belajar berjalan," kata Nick lagi.

Dua bayi kembar Mariah dan Nick ini dilahirkan pada April lalu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan