RIM Perketat Syarat Kelayakan AIM

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yuna
Yuna

KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) akan memperketatkan syarat-syarat kelayakan penyertaan Anugerah Industri Muzik (AIM).

Menurut Pengerusi Bersama AIM 18, Rosmin Hashim, penyertaan hanya dibuka kepada 100 peratus penggiat muzik berwarganegara Malaysia yang terdiri daripada penyanyi, komposer, produser dan syarikat rakaman tempatan.

"Mulai tahun depan kita akan memperketatkan lagi syarat-syarat kelayakan penyertaan iaitu hanya kepada penggiat muzik tempatan sahaja.

"Sebenarnya kita sudah mulakan tahun ini tetapi syarat-syarat kelayakan masih longgar dimana ia hanya tertumpu kepada komposer dan produser.

"Ini adalah bagi menghargai usaha, bakat dan karya pemuzik-pemuzik tempatan seterusnya dapat memajukan lagi industri muzik tanah air," katanya pada sidang media selepas forum AIM, di Hotel Royale Chulan, di sini, Selasa.

Tambahnya, langkah tersebut dapat menggalakkan lagi persaingan antara pemuzik-pemuzik tempatan mencipta lebih banyak karya berkualiti.

Selain itu, RIM turut merancang untuk melakukan tiga penganjuran AIM yang berbeza bagi mewakili tiga bahasa di Malaysia.

"Kita juga bercadang untuk menganjurkan AIM mengikut tiga pecahan bahasa Melayu, Cina dan India agar memberi kepuasan yang maksima kepada penggiat-penggiat seni tempatan yang berbilang kaum menilai karya mereka.

"Apa yang diperhatikan semakin ramai penggiat seni daripada kaum bukan Melayu, justeru itu kita mahu memberi ruang yang lebih besar menghargai karya-karya mereka," katanya.

Dalam pada itu, forum yang turut disertai artis-artis tempatan dan wakil-wakil syarikat rakaman turut membangkitkan beberapa cadangan kepada penganjuran akan datang.

"Kita akan mempertimbangkan beberapa cadangan yang diusulkan seperti mengangkat lagu terbaik bukan dari empat lagu yang memenangi sub kategori dan membuka beberapa lagi kategori baru bersesuaian dengan peredaran muzik sekarang," katanya.

Sementara itu, Rosmin selaku ahli panel pada majlis tersebut berpuas hati dengan maklum balas daripada artis dan wakil syarikat rakaman yang datang memberi pandangan pada majlis tersebut.

Jelasnya, perbincangan akan dibuat dalam masa terdekat bagi memutuskan pembaharuan yang akan dibuat pada AIM akan datang.

Antara artis yang hadir ialah Joe Flizzow, Atilia, Altimet, Hunny Madu, Hang Dimas, Monoloq, dan Radhi OAG.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan