Temui Prof Comot Di Karnival Kampus Astro

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Prof Comot.
Prof Comot.

PETALING JAYA: Karnival Kampus Astro mengajak penonton untuk datang beramai-ramai pada 10 dan 11 Disember ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara yang dibuka untuk orang ramai secara percuma.

Kanak-kanak berpeluang untuk menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan hebat yang bercorakkan pendidikan daripada saluran-saluran TV kegemaran seperti Disney Channel, Animal Planet, Discovery & Discovery Science channel, History Channel, National Geographic Channel, Astro Tutor TV, Astro Ceria, Astro Xia Tai Yang dan Astro TVIQ.

Kanak-kanak (berumur 18 tahun ke bawah) juga akan diberikan sebuah buku pasport khas Karnival Kampus Astro.

Buku pasport ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengumpul pelekat-pelekat khas daripada saluran-saluran TV di Karnival Kampus Astro yang terlibat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan muka, cenderahati lilin tangan dan juga untuk mendapatkan makanan popcorn.

Kanak-kanak juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti permainan kuiz, menyelesaikan teka-teki dan banyak lagi untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif.

Selain itu, sempena pelancaran musim kedua rancangan Sains Comot di Astro TVIQ, kanak-kanak juga berpeluang untuk berjumpa dan berinteraksi dengan Prof Comot (Keroz Nazri) di Karnival Kampus Astro pada 10 Disember jam 11.30 pagi hingga 12 tengahari dan 2.30 hingga 3 petang manakala pada 11 Disember, jam 2 hingga 2.30 petang.

Penonton boleh menonton musim terbaru rancangan Sains Comot di Astro TVIQ yang akan memaparkan pelbagai eksperimen sains menarik seperti melantun telur, susu yang bertukar warna, deodoran buatan sendiri dan banyak lagi.

Rancangan Bahasa Malaysia No.1 di TVIQ, Sains Comot musim kedua akan disiarkan pada setiap Sabtu, jam 2.30 petang, bermula 10 Disember ini di Astro TVIQ (saluran 610).

iklan

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan