Raja Farah Dan Snogurt

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Farah dan suami, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria.
Raja Farah dan suami, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria.

PETALING JAYA: Pelakon Raja Farah yang agak lama menyepi dari industri seni sedang sibuk menguruskan perniagaan keluarga yang berkaitan dengan yogurt.

Menurut Farah, kedai yogurt yang dinamakan Snogurt dijangka akan dilancarkan di Metro Point Complex, Kajang pada Januari 2012.

“Saya sedang menumpukan kepada perniagaan keluarga dan insya Allah, pada bulan Januari depan kedai Snogurt akan dilancarkan di Metro Point Complex, Kajang.

“Snogurt adalah produk tempatan dan kami memulakan perniagaan pada Oktober 2010,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Farah, mereka turut membuka francais bagi mengembangkan perniagaan tersebut di tempat lain dalam negara ini.

"Kami masih dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan ini di Malaysia dahulu sebelum membawa produk ini ke luar negara," katanya.

Perniagaan tersebut turut beroperasi di No. 9, SS15/7, Subang Jaya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para pembaca boleh layari www.snogurt.com.

Beralih kepada cahaya mata, Farah akui belum mempunyai tanda-tanda kehamilan.

“Nampaknya saya belum mempunyai rezeki untuk hamil. Tetapi semuanya saya serahkan kepada Allah,” ujarnya.

Farah dan suami, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria bernikah pada November 2010.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan