Merlin Musim Baru Bakal Temui Penonton

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 bakal menyiarkan episod pengenalan musim baru drama bersiri popular Merlin pada 16 Disember ini, pukul 10 malam di slot Mega Movie.

Manakala episod seterusnya akan disambung pada setiap Ahad pukul 10 malam bermula 18 Disember ini.

Drama 13 episod terbitan Shine TV dan BBC Wales ini menampilkan The Darkest Hour Is Just Before The Dawn sebagai tema utama pergolakan di Camelot kali ini.

Siri pengambaran fantasi British musim ini sarat dengan peperangan dan usaha-usaha hebat untuk menyelamatkan Camelot daripada musnah di tangan Morgana dan sekutu-sekutu jahatnya.

Permulaan siri musim ini menyaksikan sebuah perkembangan yang pesat di dalam ketamadunan jajahan Camelot.

Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa jahat mula bergabung untuk melancarkan kempen kemusnahan. Segalanya mula berubah apabila Morgana membuka pintu laluan sakti ke dimensi lain.

Merlin bakal menghadapi cabaran yang paling sukar apabila niat jitu Morgana bukan sahaja akan menggugat masa depan Putera Arthur, malah ia juga akan membahayakan keseimbangan alam nyata.

Sinonim dengan temanya, kisah Merlin musim keempat ini menampilkan konsep lakon layar yang sarat dengan elemen-elemen misteri dan drama.

Dibarisi bintang-bintang musim lalu, Johnny Capps, Julian Murphy, Jake Michie dan Julian Jones yang bertanggungjawab merealisasikan siri epik ini menjelaskan bahawa nilai dan unsur kematangan mampu dilihat di dalam karakter-karakter watak, dimana secara keseluruhannya kesemua watak akan mempamerkan personaliti yang lebih dingin dan serius.

Babak kemuncak bakal menyaksikan Morgana berpadu tenaga dengan Alator, seorang ahli sihir misteri demi membongkar sebuah rahsia yang berupaya untuk mengubah masa depan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan