'Cinta Muka Buku' Ada Kekuatan Tersendiri

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dua belas finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-26. - Foto SHAARI CHE MAT
Dua belas finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-26. - Foto SHAARI CHE MAT

SHAH ALAM: Lagu Cinta Muka Buku ciptaan komposer muda Najwa Latif mempunyai kekuatan tersendiri apabila dipilih untuk bersaing di peringkat final Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) pada 24 Januari depan.

Menurut Ketua Juri, Azhar Burhan, lagu tersebut dipilih kerana kekuatan dari segi melodi yang ringkas dan menarik perhatian pendengar.

"Kebanyakkan dari kami baru pertama kali mendengar lagu-lagu yang dipertandingkan kali ini, jadi kami hanya mendapat sedikit gambaran tentang lagu-lagu tersebut dan bukan kerana popularitinya.

"Secara peribadi, lagu Cinta Muka Buku mempunyai kekuatannya iaitu ringkas dan catchy. Selain itu, semua juri bersetuju yang lagu itu memberi nafas baru kepada setiap yang mendengarnya,” ujarnya selepas selesai Separuh Akhir Muzik-Muzik 26, di sini, Jumaat.

Selain Cinta Muka Buku, 11 lagu lain yang mara ke AJL26 ialah Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor) dan Awan Nano (Hafiz).

Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).

Tambah Azhar, seperti tahun sebelum ini, AJL kali ini terdiri daripada golongan muda, bagaimanapun beberapa nama besar turut bertanding untuk tahun ini.

“Setiap tahun kita akan mendapat finalis yang berbeza. Namun sejak kebelakangan ini AJL mempunyai finalis yang terdiri daripada golongan muda.

"Namun beberapa nama orang lama dalam industri muzik tanah air seperti Datuk M Nasir turut bertanding kali ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan