Tony Eusoff Sertai Penyampai Capital FM

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tony Eusoff (duduk, kiri) akan mengendalikan Capital FM sebagai penyampai jemputan sepanjang Disember ini. Turut serta adalah penyampai tetap Capital FM- Foto ONG SOON HIN
Tony Eusoff (duduk, kiri) akan mengendalikan Capital FM sebagai penyampai jemputan sepanjang Disember ini. Turut serta adalah penyampai tetap Capital FM- Foto ONG SOON HIN

PETALING JAYA: Buat pertama kalinya, pelakon Tony Eusoff akan ke udara sebagai penyampai jemputan di stesen radio Capital FM sepanjang Disember ini.

Menurut Tony, dia berasa bertuah dan tidak akan mensia-siakan peluang untuk menceburi perkara yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Memandangkan ini pertama kali saya bergelar penyampai radio, sudah pasti saya merasa gementar dan saya akan bersiaran sepanjang Disember, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.

“Saya menerima tawaran ini kerana minat dan merupakan perkara baru yang saya lakukan dalam hidup sekaligus sebagai peluang untuk mengembang sayap dalam penyiaran radio. Jadi, lepas ini saya akan bangun seawal 4 pagi sebelum ke konti radio,” katanya ketika majlis pelancaran Capital FM di pejabat Capital FM, di sini, Rabu.

Tony akan bergandingan dengan Joanne Kam dan Joey G untuk segmen Talk of the Town dari pukul 6 hingga 10 pagi.

“Saya rasa tiada masalah untuk bergandingan dengan kedua-duanya kerana saya sudah lama mengenali Joanne Kam manakala Joey G pula seorang yang mudah disenangi ramai. Jadi, kami cepat serasi,” ujarnya.

Sekiranya ditawarkan untuk bergelar penyampai tetap, Tony akan mempertimbangkan perkara tersebut.

“Tawaran itu boleh dibawa berbincang. Kalau Capital FM atau stesen radio lain berminat untuk menawarkan kerja sebagai penyampai tetap, apa salahnya saya terima kerana saya sentiasa terbuka kepada peluang,” jelasnya lagi.

Disebabkan terikat dengan karier barunya itu, Tony akui dia akan meminta pihak produksi yang mahu mengambilnya berlakon supaya mengikut jadual kerjanya.

“Setakat ini saya sedang menerima tawaran untuk berlakon sebuah filem namun semuanya masih terlalu awal untuk dimaklumkan.

“Andai kata saya akan memulakan penggambaran pada pertengahan Disember ini, saya akan minta mereka supaya meletakkan waktu penggambaran saya selepas pukul 10 pagi dan ke atas,” ujarnya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem Roda Warna untuk RTM.

Sebagai persediaan untuk menghadapi tugas barunya itu, Tony akan menjaga kesihatannya agar tidak mengganggu kelancaran kerjanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan