Syafinaz Saran Penyanyi Baru Usah Terlalu Mengikut Trend Muzik Semasa - Berita Hiburan | mStar

Syafinaz Saran Penyanyi Baru Usah Terlalu Mengikut Trend Muzik Semasa

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Syafinaz Selamat (gambar), menegaskan bahawa penyanyi yang baru ingin berkecimpung dalam industri muzik tempatan perlu berani menonjolkan genre muzik yang mereka arif dan selesa.

Syafinaz berkata, mereka tidak perlu membawakan genre muzik yang tiada dalam jiwa hanya disebabkan ingin mengikuti peredaran muzik semasa kerana ia akan menjejaskan kualiti bakat yang tersedia ada.

"Pada pendapat saya, tidak ada salahnya jika kita membawakan kepakaran genre muzik yang kita ketahui. Mungkin dari segi populariti ia agar sukar untuk diraih.

"Tetapi percayalah, apabila lebih fokus terhadap genre muzik yang diminati, anda akan berada di kelas yang tersendiri," katanya.

Tambah Syafinaz yang mempunyai bersuara soprano itu, jika setiap penyanyi tampil dengan kepakaran bakat masing-masing, industri muzik tempatan mungkin akan menjadi lebih meriah dengan mempunyai populariti muzik daripada pelbagai genre.

Sementara itu, dia juga gembira kerana muzik jazz kembali diterima ramai lebih-lebih lagi apabila melihat ramai artis juga sudah berani membawa lagu-kagu berkonsep sedemikian.

"Menjadi perkara yang normal di negara kita sering bertukar-tukar trend muzik. Bila genre muzik baru muncul, yang lama akan dilupakan.

"Sama juga seperti muzik jazz dan kini ia menjadi 'panas' semula. Mungkin juga kerana masyarakat kita semakin bijak menilai sesebuah muzik berkenaan," tutur penyanyi itu yang bakal muncul dengan album terbaru sebelum pertengahan tahun depan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan